Teknik Siapkan Laporan Akaun

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera





Ada yang tanya saya semalam
"Coach laporan akaun tu akaun bank lah kan?"

Bukan usahawan sekalian

Laporan akaun adalah satu laporan yang menunjukkan prestasi syarikat pada satu-satu tempoh masa. Dari laporan akaun, anda boleh tahu jumlah jualan, jumlah hutang dan jumlah untung.

Kalau dari akaun bank, kita hanya mampu lihat duit masuk dan keluar sahaja. Sangat terhad

Jadi, bagaimana kita nak siapkan dan sediakan laporan akaun tersebut?
Dalam perkongsian kali ini, saya akan senaraikan 3 kaedah yang anda boleh pilih mengikut kesuaian bajet dan jenis perniagaan anda


TIGA TEKNIK SIAPKAN LAPORAN AKAUN ADALAH

1/ Gajikan pekerja. 
Anda perlu cari  pekerja yang berpengalaman iaitu minimum dari  1 hingga 3 tahun dan boleh buat full set accounts iaitu laporan kewangan yang lengkap. Bukan hanya rekod duit keluar masuk sahaja

2/ Outsource pada Akauntan. Mereka boleh bantu anda siapkan akaun dan cukai, A sampai Z. Boleh hubungi nombor di bawah, beliau boleh bantu anda


3/ Buat sendiri. Tak mampu hire akauntan, boleh belajar rekod sendiri. Jika bisnes anda simple, baru nak bertatih ini adalah solusi yang sesuai. 

Ini kelas yang saya bina khas untuk pemilik bisnes kecil, kita belajar bagi pandai rekod akaun. Anda boleh join, walau di mana pun anda berada. Kelas secara online


.
Yang masih belum settle dan sampai sekarang masih cari alasan. Tukar mindset!

.
Cari solusi, buang alasan

.
Kongsi-kongsikan, selamat memilih 😊

.
#CoachBisnesEnterprise
#KelasAkaunBisnes

Post a Comment

0 Comments