Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah.
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Bila bercakap tentang cukai, ramai yang rasa sangat takut. Katanya cukai adalah isu orang professional. Siapa kata? Hal cukai bisnes kita, kita sendiri yang seharusnya yang ambil tahu.
Tidaklah saya kata 100% kena tahu tapi sekurang-kurangnya anda ada idea bagaimana perjalanan cukai bisnes itu sebenarnya
Saya kongsikan tiga angka kena ada sebelum anda dapat tahu kena cukai atau tidak
Angka PERTAMA - UNTUNG BERSIH
Anda boleh dapat angka ini di dalam penyata untung rugi / profit and loss. Masih belum belajar bab ini? Kena belajar juga. Ini tools yang sangat penting untuk usahawan
Angka KEDUA - PENDAPATAN BERKANUN
Pendapatan berkanun adalah untung bersih yang telah “dicuci” mengikut panduan LHDN. Ada perbelanjaan yang jabatan akaun bagi tolak tetapi jabatan cukai tidak benarkan pula
Angka KETIGA - JUMLAH PELEPASAN
Jumlahkan amaun pelepasan cukai yang layak dituntut untuk tahun tersebut dan yang penting pesanan saya adalah, Jangan lupa simpan resit!
Daripada ketiga-tiga angka ini, barulah anda boleh tahu amaun akhirnya samaada perlu bayar cukai atau sekadar hantar borang cukai sahaja
Dapat sesuatu?
Tinggalkan jejak di komen jika anda sudah membaca
Semoga perkongsian saya ini, memberi sedikit sebanyak gambaran dan terma baru yang perlu bisnes owner fahami untuk mengurus cukai bisnes nanti
Semoga bermanfaat!
1 Comments
saya sudah baca, sekarang sudah sampai page 14 dalam website coach. Terima kasih banyak kerana ambil masa menulis dan berkongsi
ReplyDelete