Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah.. Assalammualaikum
Transfer duit bisnes secara online, empat perkara yang anda kena take note:
1/ Ruangan "Recipient Reference" yang selalu dibiarkan kosong
Nampak tak penting tapi dari sinilah, orang yang anda bayar akan rujuk. Info yang anda boleh letak adalah nombor invois, bil ataupun nombor sebutharga ataupun kenapa anda buat pembayaran
2/ Ruangan Email Address
Request email dari penerima, supaya bila anda transfer mereka dapat notifikasi tersebut. Tiadalah salah faham dan jimat masa
3/ Cetak slip transaksi
Segala pembayaran keluar melalui akaun bank bisnes, mesti kena cetak keluar, walaupun duit itu anda gunakan untuk perbelanjaan peribadi
Slip transaksi hanya available maksimum 60 hari di website (bergantung kepada bank anda). Paling sakit bila slip yang tak print tu kita lupa bayar apa
4/ Kepilkan dokumen sokongan
Slip transaksi sahaja tidak cukup kalau tiada dokumen sokongan. Dokumen sokongan ini adalah bukti mengapa anda buat pembayaran kepada si polan
Adakah kerana invois nya atau kerana tuntutan claim. Jelas kan, sejelas-jelasnya dengan dokumen bukan dengan penerangan berjela.
Biasakan yang betul, betulkan yang biasa
Semoga bermanfaat!
0 Comments