Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Daripada 8 juta lebih syarikat dan perniagaan yang berdaftar dengan SSM, 7 juta daripadanya adalah pemilik Enterprise
Enterprise adalah perniagaan yang didaftarkan di bawah label Milikan Tunggal dan Perkongsian
Enterprise adalah perniagaan yang belakang namanya tiada Sdn Bhd. Anda perlu mendaftar perniagaan dengan perlu ke SSM sendiri tanpa orang tengah
Antara tiga perkara yang selalunya pemilik Enterprise tidak tahu adalah:
1. Tiada istilah "Pengarah" di dalam kategori perniagaan Enterprise. Pastikan kad nama anda menggunakan nama jawatan yang betul Pemilik, Pengurus, Ahli Kongsi dan sebagainya selain CEO, Pengarah & Director
2. Akaun bank personal tidak boleh digunakan untuk tujuan perniagaan. Awal-awal bisnes, buka akaun semasa atas nama perniagaan. Akaun bisnes ini selain memberikan anda imej seorang peniaga yang boleh dipercayai, ia juga memberikan anda ketenangan pada masa depan
3. Resit dan bil yang anda dapat dari supplier, beli barang kedai dan sebagainya semuanya kena simpan dengan baik. Resit-resit ini yang akan bantu anda suatu masa nanti
Banyak lagi yang saya tulis di E-Book Urus Enterprise Gaya Korporat.
Boleh dapatkan di sini - Maklumat E-Buku
Semoga bermanfaat!
0 Comments