TEKS: HAZWANI ABD HAMID
Saya lebih prefer menggunakan software MYOB dan mengajar software MYOB kepada yang tiada asas perakaunan. Antara tiga sebab utama adalah:
🍄 KOD AKAUN DAH READY
Senarai kod akaun boleh dipilih ikut nature of business kita atau yang similar dengan template yang telah disediakan.
Tak perlu susah-susah mula dari zero iaitu dari Aset sampai belanja. Jenuh tu
🍄 CUSTOMIZE DOKUMEN BISNES
Mudah nak design dokumen bisnes seperti Invois, Payment Voucher dan resit. Cuma kena rajin try and error
Tak perlu coding yang international sangat dah dapat template yang professional. Jimat tenaga nak menulis secara manual
🍄 ULANG REKOD DENGAN TEKNIK MUDAH
Transaksi yang berlaku setiap bulan, tak perlu nak rekod dari awal
Ada feature “Recurring” yang kita hanya perlu tekan 1 klik sahaja untuk rekod. Siap boleh remind jika ada transaksi yang belum dibayar
Dan banyak lagi. Insya-Allah saya kongsi lagi nanti
Semoga bermanfaat!
0 Comments