DUIT BISNES MAKIN SUSUT TAPI SYARIKAT MASIH UNTUNG


TEKS: HAZWANI ABD HAMID


DUIT BISNES MAKIN SUSUT TAPI SYARIKAT MASIH UNTUNG


Tak semua duit yang keluar tu menyumbangkan kepada pengurangan untung syarikat.

Hanya item di dalam Penyata Untung Rugi sahaja yang akan beri kesan iaitu Jualan, Kos Jualan dan Belanja

Antara beberapa situasi yang mengurangkan duit tapi tidak mengurangkan untung:

1/ Keluar duit untuk bayar full settlement loan perniagaan.

Ini hanya beri kesan kepada akaun bank dan akaun liabiliti sahaja. Akaun liabiliti bukan di penyata untung rugi, jadi tiada kesan kepada nilai keuntungan

2/ Keluar duit untuk beli komputer pejabat

Sama juga. Duit keluar effect akaun aset semasa, beli komputer effect pada kategori aset tetap. Dua-dua kategori ini tiada pun dalam Penyata Untung Rugi

Jadi sebanyak mana duit keluar untuk belanja keduanya, tidak akan berjaya menyumbangkan pengurangan untung

So, cari jalan lain ye 😅😅

BOLEH JUGA TENGOK VIDEO INI

Post a comment

0 Comments