CARA NAK SEMAK LAPORAN KEWANGAN SYARIKAT

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Apabila anda menerima laporan kewangan daripada pihak Akauntan atau pekerja, anda perlu melakukan semakan sebelum mengesahkan laporan tersebut

Tapi bagaimana, jika anda tidak mahir. Anda perlu berusaha untuk mempelajarinya, kerana laporan kewangan yang tidak tepat akan memberi kesan buruk kepada syarikat



Lima item yang anda boleh semak dari laporan kewangan anda adalah

1/ Kategori Pemiutang dagangan (Trade Creditor)

Amaun yang terdapat di dalam Kunci Kira-Kira (Balance Sheet) adalah amaun yang kita masih hutang dengan pembekal pada tarikh tutup akaun.

Anda perlu kenalpasti siapa pemiutang tersebut dan adakah amaunnya adalah benar


2/ Kategori Penghutang dagangan (Trade Debtor)

Amaun yang terdapat dalam  Kunci Kira-Kira (Balance Sheet) adalah amaun yang pelanggan kita masih hutang dengan kita pada tarikh tutup akaun.

Sama juga seperti kategori yang pertama tadi, anda perlu kenalpasti siapa pelanggan anda yang masih berhutang dan sudah berapa lama mereka berhutang dengan anda


3/ Kategori Bank

Di kategori ini, akan ada baki duit di dalam akaun bank syarikat anda pada tarikh yang ada di dalam laporan kewagan Kunci Kira-Kira (Balance Sheet)

Perkara yang anda perlu kenalpasti adalah adakah semua baki bank bisnes telah dilaporkan dan adakah amaun tersebut tepat


4/ Kategori Tunai

Kategori ini juga ada di dalam Kunci Kira-Kira, untuk tahu samada amaun ini betul atau tidak adalah dengan satu cara sahaja iaitu dengan melihat laporan petty cash anda

Laporan petty cash pula perlu di buat oleh pihak syarikat sendiri dan sebagai pemilik bisnes anda perlu pantau laporan ini setiap bulan


5/ Item Belanja

Banyak item belanja yang anda boleh jumpa di dalam laporan Penyata Untung Rugi (Profit&Loss). Tengok satu per satu, adakah belanja bulanan anda telah direkodkan setiap bulan dan cukup 12 bulan untuk setahun tempoh perakaunan

Ambil tahu dan semak lima perkara ini dahulu sebelum ke perkara yang lain.

Semoga bermanfaat!




Post a comment

0 Comments