Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Ada beberapa pendapat yang salah berkenaan amaun cukai yang pemilik bisnes perlu bayar. Salah faham ini membuatkan mereka lebih "takut" untuk memahami urusan berkaitan percukaian untuk bisnes mereka
Di sini saya kongsikan, tiga salah faham berkenaan amaun kena cukai
SILAP PERTAMA - CUKAI ATAS JUALAN
❌ Pengiraan cukai bukan dari berapa banyak amaun jualan anda. Nilai jualan belum lagi boleh menentukan jumlah cukai yang kita kena bayar. Jual lah berapa juta pun, bukan dari situ anda mula kira cukai
SILAP KEDUA - CUKAI ATAS UNTUNG
❌ Ye betul. Cukai memang atas keuntungan tetapi masih ada lagi pengiraan sebelum kita betul-betul dapat nilai cukai kena bayar. Amaun cukai buka di kira secara langsung dari keuntungan yang ada di dalam Penyata Untung Rugi
Kenapa?
Sebab ada belanja yang jabatan akaun bagi tolak tetapi jabatan cukai tak bagi. Kena dapat dahulu, nilai pendapatan berkanun
SILAP KETIGA - PELEPASAN SUKAHATI PILIH
❌ Bila anda isi e-flling ada banyak senarai pelepasan yang boleh di pilih. Tapi bukan bermakna, anda boleh letak aaun mengikut "sukahati" anda
Amaun tersebut perlu ada dokumen sokongan yang membuktikan pengisytiharan anda.
Mahu tahu lanjut berkenaan cukai?
Boleh dapatkan - EBOOK CUKAI
Semoga bermanfaat!
0 Comments