Perbandingan cukai Enterprise dan Sdn Bhd

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Saya kongsikan di sini perbandingan secara ringkas, cukai Enterrise dan cukai syarikat iaitu Sdn Bhd




CUKAI ENTERPRISE

1. Bermula dengan 0% - 28%
2. Pemilik & bisnes berkongsi borang cukai yang sama iaitu Borang B
3. Zakat boleh ditolak 100% amaun yang dibayar ke Lembaga/Agensi Zakat
4. Contoh: (Rujuk kepada jadual cukai)
Pendapatan boleh kena cukai RM37000

Cukai RM35000 yang pertama                RM600.00
Cukai RM2000 seterusnya                      RM160.00
(RM2000 x8%)

Jumlah cukai kena bayar adalah            RM760.00


CUKAI SYARIKAT

1. Bermula dengan 17% bagi tahun 2019
2. Pengarah dan syarikat perlu hantar borang berbeza, Pengarah Borang BE, manakala syarikat Borang C
3. Kadar cukai Borang BE, sama seperti Borang B ikut berapa pendapatan diterima oleh Pengarah tersebut
4. Zakat hanya boleh ditolak 2.5% sahaja
5. Contoh: (Rujuk jadual kadar cukai)

Assume Syarikat ABC mempunya modal berbayar bawah RM2.5juta

Pendapatan boleh kena cukai RM37,000

Cukai RM500,000 pertama adalah 17%

Oleh itu, cukai untuk Syarikat ABC adalah
RM37,000 x 17% = RM6,290.00


Jika anda Enterprise dan mahu memahami lagi topik cukai, insya-Allah ebook penulisan saya ini boleh membantu - EBOOK CUKAI ENTERPRISE


Semoga bermanfaat!



Post a Comment

0 Comments