ISU PANAS PEKERJA DAN MAJIKAN


Teks: Hazwani Abd Hamid



🔥 ISU PANAS PEKERJA & MAJIKAN 🔥

Kalau zaman saya kerja, kita belajar tentang urusan pekerja dengan pengalaman semasa bekerja itu sendiri

Masa zaman tersebut, majikan sedia tahu apa yang perlu mereka sediakan untuk bakal pekerja mereka

Zaman berubah, manusia turut berubah

Lagi canggih zaman, lagi banyak cara alternatif untuk lari dari undang-undang. Kesannya?

❌ Pekerja tidak tahu hak mereka
❌ Pekerja kecewa & Hilang rasa hormat
❌ Busuk nama majikan
❌ Customer hilang respect
❌ Keberkatan? Sendiri mau ingat 😭

Kadang-kadang, perkara basic pun kita masih belum tahu 😢

Meh baca, 5 TIPS MAJIKAN BERILMU

Bila dah settle baca? Share pula pada kawan-kawan kita yang dah mula recruit tu

✔️ Masa interview minta bakal pekerja isi BORANG PERMOHONAN KERJA.Bersepah template di google.

✔️ Setelah lulus interview, panggil bakal pekerja untuk lapor diri. Semasa lapor diri, anda perlu sediakan SURAT TAWARAN KERJA. Terangkan semua perkara di dalam surat tawaran secara detail termasuk visi dan misi syarikat

✔️ Bakal pekerja akan tandatangan SURAT TAWARAN KERJA apabila bersetuju dan kita perlu dapatkan salinan kad pengenalan, nombor akaun bank dan emergency contact. Jangan lupa! Satu salinan pekerja simpan

✔️ Bila ambil pekerja, kita perlu patuh dengan Akta Kerja 1955 dan beberapa Akta lain. Daftar syarikat anda sebagai Majikan di KWSP & PERKESO

✔️ Cukup akhir bulan atau sebelum 7hb bulan seterusnya bayar gaji tepat masa dan berikan payslip kepada pekerja.

Jom Recruit !

++++++++++++++++++

Kelas Sumber Manusia
11 Februari 2020
Seat 6 lagi kosong - bit.ly/KelasHR

Post a Comment

0 Comments