BILA BOLEH UPGRADE SDN BHD

TEKS: HAZWANI ABD HAMID

[PROBATION ENTERPRISE]

Kalau staff, kita bagi tempoh probation lebih kurang 3 hingga 6 bulan. Untuk Enterprise? Saya anggarkan 3 hingga 5 tahun, mungkin

Lima perkara kita nak check sebelum nak award confirmation letter pada Enterprise kita sendiri

1/ Duit simpanan syarikat konsisten tak? Sentiasa duit di baki minimum atau amaun baki sama dengan jumlah overhead syarikat untuk at least 3 bulan

2/ Cukai setiap tahun submit tak? Kalau baru nak biasakan diri semasa Sdn Bhd, takut murung

3/ Ada rekod tak at least duit keluar masuk bisnes. Kalau ada tracking dan tidak hanya bergantung kepada baki di akaun bank, anda lulus

4/ Korang rajin tak, bawa masuk sales? Kalau bergantung kepada staff dan agen, kita duduk goyang kami sebagai Director tutup sahaja kemahuan kita untuk Sdn Bhd. Sales Sdn Bhd mesti masyuk!

5/ Ada lagi tak tabiat curik duit syarikat? Gaji setiap bulan tak cukup. Mesti akan cucuk ATM Enterprise untuk belanja peribadi. Ini banyak orang buat, itulah beza antara syarikat yang berjaya dan kurang berjaya

Bila dah check, bagi markah pada diri sendiri. Ini baru 5 kriteria tau

Dalam "SEMINAR PENSYARIKATAN" ada lebih banyak kriteria lagi dibincangkan, rugilah kalau masih dengar “orang kata”


Semoga bermanfaat




Post a comment

0 Comments