Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Coach ni asyik MYOB jer, takde software lain ke?
Banyak software lain tapi saya lebih selesa bercakap berkenaan MYOB kerana ianya lebih mudah digunakan oleh mereka yang tiada asas akaun
Empat kelebihan yang ada oleh software ini berbanding software lain bagi saya adalah:
1/ KOS MURAH
Software MYOB boleh dikategorikan sebagai software mampu milik untuk pemilik bisnes kecil dan sederhana, tidak kira Sdn Bhd mahupun Enterprise
Dan yang penting sekali adalah, ianya tiada kos langganan tahunan. Sekali anda bayar, terus guna sampai bila-bila
2/ TIDAK PERLU DEBIT KREDIT
Sistem ini memerlukan anda untuk tahu debit atau kredit. Ini adalah terma yang sangat menggerunkan mereka yang tiada asas akaun dan dengan MYOB. Anda hanya perlu merekod mengikut jenis dokumen anda. Sangat mudah!
3/ CONFIRM BALANCE
Anda risau akaun anda tidak "balance" tetapi tidak bagi MYOB. Ianya gerenti balance!
4/ BANYAK SHORT-CUT
Mempercepatkan proses merekod dengan short-cut yang dibenarkan oleh sistem. Contoh, nak jump dari satu feature ke satu features yang lain guna keypad CTRL
Banyak lagi kelebihannya dan insya-Allah saya akan kongsikan lagi semasa ke semasa
Semoga bermanfaat!
0 Comments