AKAUN BANK BISNES KENA ADA KE?


Teks: Hazwani Abd Hamid


Bismillah. Assalammualaikum

Kebanyakkan peniaga kecil lebih prefer untuk simpan duit jualan di dalam tabung sendiri ataupun di akaun bank personal

Berapa kerat sahaja yang mampu menabung dengan baik dan akhirnya boleh beli aset. Selebihnya masih seperti dulu-dulu. Tiada yang berubah.

SEBENARNYA;

Bila tiada akaun bisnes, kecenderungan kita untuk guna melebihi sepatutnya lebih tinggi

Bila tiada akaun bisnes, kita tiada asas untuk tunjuk kepada pihak bank yang bisnes kita mampu pergi jauh

Bila tiada akaun bisnes, kita tidak mampu nak “menang” dengan lembaga kalau mereka nak tengok bukti jualan kita

Bila tiada akaun bisnes, Akauntan pening kepala untuk bantu anda kira untung rugi




Moral of the story?

Buka lah akaun bank bisnes. Semua online sekarang. Sama sahaja cara nak guna akaun bank bisnes, macam personal jer kalau kita ni Enterprise

Post a comment

0 Comments