PENIAGA ONLINE TAK PERLU SIMPAN DOKUMEN

Teks: Hazwani Abd Hamid

Assalammualaikum 


[Peniaga Online Tak Perlu Simpan Dokumen Bisnes]

Eh, salah statement ni.

Setiap perniagaan, tidak kira Online atau Offline kena ada dokumen bisnes, bukti setiap transaksi. Cuma bezanya, sedikit atau banyak 

Saya share 5 jenis dokumen bisnes yang peniaga online patut simpan:





🤜 LAPORAN JUALAN. Tak kira kita bagi atah tak bagi resit pada customer, kita siapkan laporan jualan bulanan. Tulis tarikh, nama customer, kaedah bayaran, item yang dibeli & jumlah dibayar

🤜 SLIP DUIT KELUAR BANK. Setiap duit keluar dari akaun bank bisnes, print dan simpan. Inilah aset kita orang bisnes. Nak bagi lagi POWER❗️💪 slip duit keluar tu kepilkan sekali dengan bil supplier atau resit-resit beli barang

🤜 PENYATA BANK. Akaun bank pun takde Coach 😭. Dengar nasihat saya. Kalau kita nak ubah hidup kita dengan bisnes. Usahakan dengan buka bank bisnes.

🤜 BUKU TUNAI. Tidak semua perbelanjaan kita guna duit bank, so kalau kita guna duit tunai, tulis detailnya di buku tunai. Tampal resit-resit ikut bulan belanja. Boleh lah tengok kat mana selalu duit bocor

🤜 BUKU BANK. Segala duit keluar masuk melalui bank catat di sini. Pastikan segala transaksi dalam penyata bank ditulis secara detail dalam buku bank termasuk caj bank dan hibah 😉

Inilah sedikit sebanyak dokumen bisnes untuk peniaga online.

Saya ada anjurkan kelas dokumen bisnes dengan yuran RM20 setiap bulan sebagai tanggungjawab sosial.

Jika berminat boleh terus daftar secara online di bit.ly/ASASPENGURUSAN

Semoga bermanfaat!



Post a comment

0 Comments