TERLEPAS PROGRAM KHAS PENGAKUAN SUKARELA?


Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum





Adakah anda tahu bahawa LHDN ada program “PENGAKUAN SUKARELA" sepanjang tahun?


Program Khas Pengakuan Sukarela dan Pengakuan Sukarela adalah berbeza walaupun namanya lebih kurang sama. Program Khas Pengakuan Sukarela telah di umumkan oleh Menteri Kewangan ketika itu iaitu Yang Berhormat Lim Guan Eng pada sesi pembentangan belanjawan 2019


Program ini banyak membantu pemilik bisnes untuk ambil cakna berkenaan pengurusan bisnes dan kewangan yang betul yang berlangsung dari 3 November 2018 sehingga 30 September 2019


Walaupun begitu, masih ramai yang belum mengambil inisiatif penuh untuk menyelesaikan tanggungjawab cukai mereka. Jadi di sini, saya kongsikan Program Pengakuan Sukarela sepanjang tahun masih ada. Anda sebagai pembayar cukai, masih ada peluang sebelum pegawai LHDN mengetuk pintu rumah atau pejabat anda

Tetapi apakah perbezaan di antara kedua-dua program ini? Saya kongsikan 3 perbezaan utama di antara keduanya seperti berikut:

PERBEZAAN PERTAMA

Anda boleh menyelesaikan tanggungjawab cukai yang masih tertunggak itu pada bila-bila masa. Cumanya adalah lebih baik, anda "serah diri" secepat yang mungkin. 


PERBEZAAN KEDUA

Kadar penalti yang lebih tinggi daripada Program Khas Pengakuan Sukarela sebelum ini. Penalti akan dikenakan mengikut jenis kesalahan anda iaitu sehingga 200% berbanding 15% semasa program khas tersebut.


PERBEZAAN KETIGA

Jika anda mengambil bahagian di dalam Program Khas yang lepas, laporan kewangan dan cukai yang anda hantar tidak akan diaudit dan dipertikaikan (diterima dengan "suci hati") tetapi tidak dengan Pengakuan Sukarela sepanjang tahun ini. Anda kemungkinan besar akan diaudit iaitu laporan kewangan anda akan disemak oleh pegawai bertugas. 

Jadi pastikan anda isytihar amaun yang betul. 

+++++++++++++++++++++

Kalau tak buat camna Coach? Susah lah 😢

Bukan senang nak senang, tak susah pun nak jadi susah

Yang uruskan lhdn pun manusia juga. 
Kita jumpa mereka, minta nasihat. 

Bisnes periuk nasi kita, jadi jaga baik-baik. 
Kadang-kadang kerana kesusahan itulah hasilnya kejayaan


Semoga bermanfaat! 







Disclaimer: Ini perkongsian peribadi. Tiada komisen dari mana-mana pihak 

Post a comment

0 Comments