Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah. Assalammualaikum & Salam Sejahtera
SEDEKAD
Rutin akhir tahun
Bulan-bulan terakhir sebelum tahun baru adalah masa-masa kritikal bagi kita pemilik bisnes untuk merangka perjalanan bisnes sepanjang tahun hadapan
Di sini saya kongsikan, apa yang saya dan team lakukan setiap tahun sepanjang satu dekad ini.
LANGKAH 1 - EVALUATE CURRENT BUSINESS
Mula dengan evaluate bisnes semasa anda, samada bisnes anda di track yang betul atau tidak. Jika tidak, di mana perlukan penambahbaikan.
Data-data ini anda perlukan dari laporan kewangan syarikat iaitu Profit & Loss dan Balance Sheet
LANGKAH 2 - SET TARGET
Berdasarkan angka tahun lepas, anda set angka yang mahu dicapai tahun ini. Di sinilah anda letak target jualan atau target keuntungan anda mengikut kapasiti syarikat
LANGKAH 3 - LIST OF ACTION
Bila sudah ada target angka, senaraikan apa tindakan yang perlu untuk mencapai target tersebut. Brainstorm dengan team. "Two heads is better than one head"
Dengan brainstorm kita tidak "stuck" pada idea-idea suci. Lontarkan idea-idea "bodoh" dan berani yang masih di dalam ruang lingkup syarikat
LANGKAH 4 - VISUALIZE
Dari dulu lagi, saya suka lukis idea-idea target ini menggunakan spider web atau peta minda. Saya mudah untuk nampak keseluruhan proses dengan satu ilustrasi.
Satu spider web untuk projek setahun
LANGKAH 5 - MONITOR
Lakukan proses ini 3 bulan sebelum bermula tahun hadapan dan monitor pencapaian syarikat anda setiap bulan. Track and trace adalah teknik yang anda boleh gunakan untuk anda membuat keputusan sama ada perlu kekal tindakan atau buat penambahbaikan
Jemput tonton video saya ini
-
Sekian
Semoga bermanfaat!
0 Comments