LIMA PERBEZAAN CUKAI PERNIAGAAN & SDN BHD


Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah. Assalammualaikum

Perbezaan ringkas Cukai Perniagaan dan Cukai Sdn Bhd. Saya permudahkan dengan bahasa biasa, nak bahasa buku boleh baca di buku teks :)

Tidak boleh nak pukul sama rata, tanpa ada semakan lanjut. Baca, kaji baru buat keputusan untuk bisnes kita. 


LIMA PERBEZAAN CUKAI PERNIAGAAN & SDN BHD

1/ Struktur pengiraan cukai itu sendiri. Ada perbelanjaan yang boleh tolak 100% untuk syarikat, tetapi tidak untuk Enterprise. Sama tapi tidak serupa.


2/ Cukai syarikat adalah cukai untuk keuntungan syarikat sepanjang menjalankan perniagaan. Cukai perniagaan pula adalah gabungan keuntungan perniagaan dan gaji pemilik perniagaan


3/ Gaji pengarah dikira berasingan untuk pengiraan cukai individu. Manakala pemilik Enterprise tidak perlu mengira berasingan.


4/ Borang cukai kedua juga berbeza. Cukai syarikat menggunakan Borang C untuk syarikat dan Borang BE untuk Pengarah. Manakala, pemilik Enterprise hanya perlu menghantar Borang BE


5/ Kadar cukai keduanya mempunyai struktur dan kadar yang berbeza. Cukai syarikat lebih ringkas dimana, cukai akan dikenakan 17% pada pendapatan bercukai RM500,000 yang pertama dan 24% untuk baki seterusnya (Paid up capital tidak melebihi RM2.5juta)


Contohnya; jika pendapatan bercukai syarikat RM3,000, kadar yang dikenakan adalah 17% X RM3,000


Manakala Enterprise, mempunyai 11 struktur cukai mengikut pendapatan bercukai pemilik berkenaan. Jika pendapatan bercukai beliau adalah RM3,000, kadar cukai adalah 0%.


Struktur cukai pemilik Enterprise boleh mencecah 28% untuk pendapatan bercukai melebihi RM1juta




Jumpa lagi

Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments