5 Tip Padu Urus Sdn Bhd


Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah. Assalammualaikum & Salam Sejahtera





Pengurusan Sdn Bhd tidak semudah Enterprise tetapi ianya berbaloi apabila diurus dengan betul. Di sini, saya kongsikan 5 tips ringkas tapi PADU! untuk anda sediakan asas yang kukuh sebelum pergi lebih jauh

1/ Ambil tahu fungsi dan peranan setiap dokumen bisnes

Ada kes di mana, syarikat tersalah guna dokumen iaitu mereka tulis Resit untuk duit keluar manakala Payment Voucher digunakan untuk menulis senarai duit masuk pelanggan.

Sdn Bhd perlu lebih cakna tentang dokumen bisnes. Salah penggunakan dokumen, laporan kewangan anda juga akan jadi tidak betul


2/ Wajib ada jabatan akaun

Sekurang-kurangnya anda perlu ada seorang pekerja yang khas untuk menyimpan elok semua dokumen dan merekod segala duit keluar dan masuk. 

Ini bagi memastikan, aliran tunai syarikat di dalam keadaan yang selamat dan mencukupi untuk operasi semasa syarikat

3/ Wajib faham asas akaun

Sebelum hantar Audit, ambil masa untuk semak kerja pekerja akaun anda atau akauntan yang dilantik. Minta penerangan yang terperinci daripada mereka. Turunkan ego, elakkan dari terus "sign" tanpa tahu dan faham dahulu

Malu bertanya sesat jalan

4/ Sentiasa minta pandangan Audior

Bila laporan audit telah siap, ambil pandangan mereka berkenaan syarikat anda. Pastikan anda jumpa auditor atau senior auditor untuk pastikan pandangan mereka adalah pandangan professional dan berpengalaman


5/ Belajar dan belajar

Sebagai Pengarah, anda harus mahir dalam pelbagai topik pengurusan. Elakkan daripada anda dilihat lemah oleh pekerja atau pemilik saham.

Kini, banyak ilmu boleh didapati secara dalam talian dan dalam pelbagai medium. Kelemahan anda adalah peluang pesaing





Semoga bermanfaat!




Post a Comment

0 Comments