3 PERKARA PENTING FULL SET ACCOUNTS


Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum


Nak pastikan kita dah siap buat full set, kena make sure 3 perkara penting ini

1/ DOKUMEN LENGKAP

Dokumen untuk sebulan dah siap di tag "POSTED" dan di masukkan dalam fail yang telah disediakan. Kalau kata, rekod guna bank statement sahaja maknanya banyak lagi perkara korang kena menuntut.

Tapi boleh jer kalau nak "langgar dinding"

2/ BANK RECONCILE

Bila kita rekod guna dokumen, dari situ kita boleh trace dokumen-dokumen yang belum lengkap ataupun hilang. Kiranya ini macam audit dalaman korang. Dari situ juga kita boleh nampak berapa bank caj kita dan ada ke payment dari customer yang kita belum diberitahu

3/ BIL-BIL BELUM BAYAR

Selalu kita track customer kan, apa kata kali ini kita track supplier pula. Bil-bil yang belum bayar, rekod sebagai Trade Creditor atau Sundry Creditor. Dari situ, kita boleh plan untuk bayar mereka. Kredit cantik, Supplier happy, kita pun senang.

Bab duit kan sensitif. Kalau taknak orang buat kita, kita jangan buat orang

Ada banyak lagi, tapi cukuplan kita buat 3 ni dulu.

Selamat berbisnes!




Post a comment

0 Comments