Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
25 Ogos lepas, saya mendapat jemputan untuk menghadiri sesi "Pitch@Istana" di Hotel Sunway. Sesi ini adalah jemputan dari Selangor Youth Community (SAY) yang diterajui oleh Yayasan Raja Muda Selangor iaitu Tengku Amir Shah.
Di mana, peserta perlu melakukan "Business Pitching" selama 5 minit dan menjawab maksimum 5 soalan dari 9 orang juri dan 200 orang jemputan.
Bila bercakap tentang business pitching, macammana jauh pun anda mahu pergi, panel tetap tanpa gagal akan bertanya berkenaan satu isu penting ini
Saya tidak akan sentuh tentang USP, Vision, Mission sebab majoriti orang bisnes lahir daripada orang pemasaran dan jualan. Jadi asasnya, majoriti orang bisnes boleh bercakap, kalau bukan daripada latarbelakang itu pun, semua pemilik bisnes pandai buat copywriting
Tetapi
Masa depan, masa dulu dan masa kini bisnes kita hanya realitinya mampu dibaca dengan bukti nombor ataupun dengan kata lainnya ANGKA PERAKAUNAN
Apabila anda sedar angka perakaunan anda, panel akan tahu yang anda tahu luar dalam tentang operasi bisnes anda. Bukan sekadar angan-angan kosong sahaja.
Soalan yang perlu anda jawab dengan betul, bukan sekadar yakin
1. Berapa kos pengeluaran satu produk
2. Berapa jumlah jualan 3 bulan lepas atau tahun lepas atau mana-mana tempoh
3. Berapa jumlah kos overhead syarikat anda
4. Berapakan jangkaan jualan anda untuk 3 tahun kehadapan
Semua data ini akan dapat dengan lebih mudah jika anda ada laporan kewangan yang dikemaskini sekurang-kurangnya setiap bulan
Semoga bermanfaat!
0 Comments