Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Terdapat beberapa keadaan yang membuatkan kita keliru untuk membuat pilihan, bagaimana untuk merekod. Ikut mudah kita merekod atau mahu ikut cara yang betul yang lebih sukar?
Jom kita lihat dua situasi berikut:
Jom kita lihat dua situasi berikut:
Situasi 1
Bila keluar invois, simpan dulu, dapat payment, baru rekod sebagai jualan
Situasi 2
Bila keluar Invoice, terus rekod sebagai jualan
Mana satu situasi yang tepat untuk merekod transaksi jualan ?
Dua-dua situasi yang saya di atas mempunyai dua cara merekod. Kedua-dua cara adalah betul.
Tetapi hanya ada satu cara yang tepat.
Cara merekod yang paling tepat adalah Situasi yang kedua.
Kenapa yang kedua?
Sebab ianya memenuhi prinsip pemadanan (Matching Principle)
Matching Principle ini adalah keadaan di mana kita perlu merekod kos di Penyata Untung Rugi pada period yang sama ketika jualan berlaku.
Contoh kita dah beli barang daripada pembekal RM5,000 dan kita telah bil pelanggan kita RM10,000. Cumanya, mereka masih belum buat bayaran lagi.
Oleh itu, transaksi pertama anda kena rekod amaun yang di bil kepada pelanggan adalah
Debit Pelanggan Ali RM10,000
Kredit Jualan RM10,000
Kemudian, selepas pembayaran diterima
Debit Cash/Bank RM10,000
Kredit Penghutang Ali RM10,000
Sekiranya, jika anda hanya catatkan kos pembekal RM5,000 tanpa merekod dua transaksi berikut, laporan akan menunjukkan anda mengalam kerugian, walhal barang sudah terjual, cuma bayaran sahaja belum masuk. Maksudnya laporan tidak menunjukkan keadaan sebenar kewangan syarikat. Lagi-lagi sekiranya bayaran yang bakal diterima oleh anda selepas berakhir tahun perakaunan semasa
Rugilah jika kita merekod tetapi laporan kita tidak tepat. Bila tidak tepat, kita tidak boleh membuat keputusan berdasarkan laporan tersebut.

Semoga bermanfaat!
0 Comments