PROGRAM USAHAWAN OKU

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Di sini saya nak kongsi satu program istimewa yang saya dan team telah laksanakan awal tahun ini. Program ini merupakan program pioneer bagi Team Amani dan kami sangat teruja untuk memberikan sepenuh komitmen.


Program ini adalah anjuran Selangor Youth Community (SAY) di bawah Raja Muda Selangor, Tengku Amir. SAY ini fokusnya kepada pembangunan modal insan terutama golongan remaja di Selangor dan program "SAY LEAD" yang kami diberi tanggungjawab ini adalah projek mereka yang pertama mengetengahkan golongan OKU.


Walaupun pada mulanya kami ada perasaan gusar kerana tidak berpengalaman mengendalikan golongan ini tapi saya dan Team bertungkus lumus cuba membuat kajian tentang bagaimana ingin mengambil jiwa golongan ini. Sebagai syarat supaya ilmu yang disampaikan diterima, mereka perlu bukakan hati mereka menerima kami.




Kami susun modul supaya kena dengan jiwa mereka, saya design modul supaya mudah mereka proses. Alhamdulillah hati mereka terang. Apa sahaja yang cuba kami sampaikan, mereka ambil serius dan cuba menghadamkan setiap topik yang disusun. Ada 6 modul yang kami ketengahkan iaitu:

1/ Pengenalan Diri sebagai Usahawan
2/ Asas Perniagaan
3/ Perakaunan dalam Perniagaan
4/ Customer Service
5/ Sales & Marketing
6/ Pitching Presentation

Ini yang menarik perhatian kami, di mana daripada 20 peserta, 10 peserta akan dipilih untuk melakukan "Pitching Session" di hadapan Tengku Amir, Raja Muda Selangor dan di saksikan oleh puluhan penonton. Sebagai golongan OKU, mereka ini adalah golongan yang mempunyai "self-confident" yang rendah. Ini mencabar kami dalam memberi mereka sepenuh perhatian supaya mereka mampu bercakap selancarnya semasa hari besar tersebut.




Penghormatan yang paling tertinggi diberikan kepada saya dan Team adalah apabila kami iaitu Pengarah Amani Academy diberikan tempat duduk sebagai juri hakim dan duduk sebaris dengan Raja Muda Selangor. Allahuakbar!




Tidak pernah terlintas di hati saya untuk dapat pencapaian sebegini, kerana niat saya pada mulanya hanya mahu sampaikan apa yang saya tahu kepada semua usahawan melayu untuk bangkit dan lakukan bisnes dengan cara yang betul.


Alhamdulillah atas nikmat kurniaan Allah SWT ini

Sebenarnya, yang mendapat ilmu yang mahal bukannya peserta SAY LEAD tetapi kami sebagai tenaga pengajar yang banyak sangat belajar tentang ilmu kehidupan daripada mereka.




Salam Rindu dari saya dan Team untuk peserta SAY LEAD - Batch 1

Bangkitlah Usahawan
Dari tidur yang lena
Bangkitlah Usahawan
Dari mimpi yang indah

Bangkitlah Usahawan
Kerana hari ini sangat mencabar
Kerana hari ini mereka yang dulunya di atas kini sudah di bawah

Bangkitlah Usahawan
Kita harus sentiasa melangkah dan terus melangkah
Langkahlah dengan ilmu
Moga lelah mu, membawa puas


Post a comment

0 Comments