5 PERKARA PERLU AMBIL BERAT BILA MULA GUNA SOFTWARE



Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Setiap bisnes apabila telah melalui fasa membangun pasti akan mencari software perakaunan untuk menjimatkan masa dan memudahkan urusan merekod transaksi akaun. Malah sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk mendapatkan software akaun yang dihajati

Tetapi ada beberapa perkara yang perlu kita perlu ambil penekanan sekiranya ingin bermula dengan software perakaunan. Di sini saya kongsikan 5 perkara yang perlu anda titikberatkan supaya software ini betul-betul berfungsi memberi kemudahan bukannya memeningkan kepala. 

Jom semak!

1/ Tempoh Perakaunan. Saya faham kita ni bila dah beli software, tak boleh sabar nak mula merekod. Tapiii.. kalau tempoh perakaunan salah, jawabnya kena rekod semula lah jawabnya. Jadi pastikan anda tahu tempoh perakaunan bisnes anda sekarang

2/ Opening Balance. Kalau tahun anda mula merekod adalah 10 tahun selepas anda mula bisnes, wajib lah dapatkan baki awal dari Akauntan lama. Baki ini seperti baki bank tahun lepas perlu di bawa ke tahun semasa. Jika tiada baki, maka akaun akan jadi tak sama.

Kalau belum buat? Itu kena ke posting lain 😂

3/ Customised Dokumen Bisnes. Alang-alang guna sistem design dulu semua dokumen bisnes yang selalu anda guna, supaya bila anda siap rekod boleh terus cetak sahaja. Dokumen bisnes sangat penting kerana di sinilah segalanya bermula tentang cukai

4/ Anda perlu tahu samaada apa yang anda rekod telah lengkap atau belum. Kadang kala, kita hanya merekod tapi tidak sedar yang kita belum siap rekod “full set”. Ini kena pergi kelas akaun

5/ Bandingkan laporan kewangan setiap tahun dengan laporan audit sebelum buat proses “Year End” iaitu sebelum merekod untuk tahun yang baru. Jika tidak figure yang anda bawa mungkin figure yang salah

Dapatkan ilmu yang betul supaya software betul-betul, mampu memudahkan urusan bisnes anda

Semoga bermanfaat!




Senior Coach Amani Academy

Post a Comment

0 Comments