ENAM TANGGUNGJAWAB MAJIKAN KEPADA PEKERJA

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini, saya nak tulis post yang lari dari kepompong sikit tapi tetap dekat di hati mereka yang ada bisnes. Saya adalah orang bisnes. Dibesarkan oleh ibubapa yang juga memiliki bisnes. 


Untuk pastikan saya mampu menjadi pemilik bisnes yang berjaya dan boleh berkembang, saya perlu tahu sekurang-kurangnya ENAM perkara berikut


1/ Sediakan Surat Tawaran Kerja

Anda boleh buat carian di "Google" atau dapatkan contoh surat dari rakan-rakan bisnes yang lain. Kalau dulu anda pernah bekerja, anda boleh gunakan surat tersebut sebagai contoh juga. Surat tawaran kerja adalah "kabel besar" anda, jika jadi perkara yang tidak diingini.


2/ Daftar majikan untuk KWSP & PERKESO

Ini adalah tanggungjawab wajib bagi seseorang majikan. Anda tidak boleh membuat persetujuan rahsia dengan pekerja untuk tidak mencarum. Lambat laun akan kena juga apabila pekerja membuat aduan kepada jabatan buruh. 


3/ Bayar gaji selewat-lewatnya sebelum 7hb bulan berikutnya

Jika dalam undang-undang buruh, majikan hendaklah membayar gaji pada atau sebelum 7hb setiap bulan berikutnya tapi kalau nak lebih berkat, lebih jaga kepentingan pekerja bayarlah paling lewat 1hb berikutnya. Kalau tepat akhir bulan lagi bagus. Bayar gaji pekerja sebelum kering keringatnya. 


4/ Caruman bulanan KWSP, PERKESO & SIP

Daftar majikan sahaja belum cukum selesaikan tanggungjawab anda. Ketiga-tiga caruman wajib ini perlu anda bayar pada atau sebelum 15 haribulan bulan gaji berikutnya. Contohnya caruman gaji bulan Januari perlu dibayar pada atau sebelum 15 Februari. Jika gagal, majikan bakal dikenapakan penalti


5/ Caruman Potongan Cukai Bulanan (PCB)

Khas untuk pekerja yang mempunyai saraan bersih yang telah diwajibkan oleh pihak LHDN. Anda sebagai majikan tidak perlu mencarum apa-apa amaun, cuma akan membantu LHDN menolak amaun PCB daripada gaji bulanan pekerja dan bayar ke LHDN. 


6/ Galakkan ZAKAT

Buat penolakan Zakat dari gaji, memang bukan wajib di dunia tapi ianya wajib akhirat. Majikan boleh menggalakkan pekerja untuk juga membayar zakat terus dari gaji bulanan mereka. Pembayaran zakat boleh mendapat 100% rebat cukai pendapatan pekerja


Untuk tambahan ilmu panduan asas untuk HR, boleh dapatkan ebook tulisan saya di 





Semoga bermanfaat!

Post a comment

0 Comments