5 PUNCA ENTERPRISE SUSAH NAK DAPAT LOAN

Teks: Hazwani Abd Hamid


Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Satu masa nanti bila sampai masanya, kita pasti nak dapatkan pembiayaan dari bank atas sebab nak kembangkan bisnes, pelanggan dah ramai tak muat kedai ataupun nak beli kedai baru. Kebanyakkan dari kita tidak sedar bakal masalah sehinggalah permohonan mereka tidak diterima dan mereka mula buntu.

Jadi, kali ini saya kongsikan apa sebenarnya punca peniaga kecil ni susah nak dapat loan.





1/ Baru daftar SSM semalam. Perniagaan yang baru daftar tanpa ada track record merisikokan pihak bank.

2/ Industri bisnes yang diceburi dah tepu atau terlalu rare, tinggi risiko. Kaji industri anda dahulu, sebelum berniat nak buat secara besar-besaran

3/ Tiada rekod duit keluar masuk. Minta bank statement bisnes, kosong jer takde transaksi. Sebab? Semua masuk akaun personal

4/ Tak pernah hantar borang cukai. Mungkin tak pernah tahu. Sekurang-kurangnya kita mesti ada 3 tahun, laporan cukai

5/ Track rekod peribadi yang tak cantik. Pinjaman peribadi yang lewat bayar, pinjaman rumah yang tidak cukup dan lain-lain. Ini boleh menyebabkan score anda di mata banker rendah

Rancang perjalanan bisnes anda, supaya pengembangan bisnes tidak terbantut di tengah jalan.

Semoga bermanfaat



Post a comment

0 Comments