5 PETUA HANDLE PETTY CASH

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Asslammualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini saya nak kongsi Petua untuk kita handle "Petty Cash", tapi terdahulu kita nak tahu apa itu "Petty Cash"?




Petty Cash ini adalah tunai yang diberikan tugas kepada salah seorang pekerja untuk membelanjakannya untuk kegunaan perniagaan, dan yang biasanya adalah untuk kegunaan rencam iaitu belanja-belanja kecil.

Petty Cash ini selalu menjadi punca sakit kepala pengarah kerana lajunya duit ini habis, selalunya duit ini hilanh dan pelbagai lagi. Jadi, saya kongsikan 5 PETUA HANDLE PETTY CASH.


1/ Peruntukkan jumlah Petty Cash yang sama setiap bulan. Contoh; setiap awal bulan baki Petty Cash mesti RM500

2/ Setiap belanja yang keluar duit Petty Cash hendaklah ditulis maklumatnya. Beli apa, beli di mana, bila dan untuk apa

3/ Orang yang luluskan top up duit Petty Cash mestilah orang berbeza yang belanja keluar.

4/ Semak secara berkala, apa yang dibelanjakan oleh pemegang Petty Cash

5/ Track belanja supaya tiada kebocoran tunai berlaku, lagi-lagi jika melibatkan tunai yang banyak amaunnya

Belanja-belanja ini perlu disiapkan rekod setiap bulan. Nak siapkan laporan, perlulah ada formatnya. Anda mahukan template Petty Cash PERCUMA?

Klik di sini - https://www.hazwaniabdhamid.com/p/blog-page.html


Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments