MENGAPA KITA GAGAL SIMPAN DOKUMEN BISNES

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Setelah saya dan team menganjurkan beberapa siri "Seminar Potensi Enterprise" di seluruh Malaysia, saya dapat simpulkan beberapa sebab mengapa ramai dari pemilik bisnes gagal istiqamah untuk simpan dokumen bisnes mereka. Kegagalan ini menyebabkan mereka sukar untuk berkembang


Antara lima sebab utama tersebut adalah:

1. TIDAK MAHU BERUBAH

Mereka sudah selesa dengan cara lama mereka. Perubahan, kadang-kala dirasakan menyusahkan proses bisnes sedia ada. Walhal, berubah dari bisnes yang tiada sistem kepada bisnes yang bersistem adalah 10 kali lebih baik 


2. DIHANTUI KENANGAN

Bisnes dah 10 tahun, boleh kecewa kalau nak cari sebab memang dah tahu tak boleh jumpa dokumen lama.

3. TIADA KERJASAMA SUPPLIER

Ramai di kalangan pemilik bisnes berurusan tanpa dokumen, mungkin kerana pelbagai alasan. Oleh yang demikina mereka rasa sukar untuk mengumpulkan resit jika pembekal mereka sendiri tiada dokumen tersebut. 


4. LUPA MINTA RESIT

Alah bisa tegal biasa. Tabiat meminta resit perlu dibiasakan supaya anda tidak lupa untuk meminta resit jika tidak diberikan secara sukarela oleh penjual. Selalunya, bila anda sudah sampai rumah baru sedar lupa untuk minta resit, dan adakalanya anda sering membuang resit tanpa sengaja

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa


5. KONON-KONONNYA SIBUK

Alasan sibuk sangat popular di kalangan pemilik bisnes. Rancang tugasan anda, supaya mampu buat semua perkara yang penting. Jika perlu gajikan pekerja, gajikan mereka supaya dokumen anda ada di saat anda memerlukan nya




Semoga bermanfaat!

 

Post a Comment

0 Comments