KENAPA BUKTI DUIT KELUAR KENA SIMPAN

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Dunia yang serba nak cepat ni memang kadang-kadang membuatkan kita tidak cukup kaki dan tangan. Semuanya nak cepat, semuanya nak laju. Itulah cabaran berbisnes dalam Era Teknologi.

Di dalam pengurusan bisnes pula, kebanyakkan transaksi tidak lagi menggunakan cek, kerana hanya menggunakan transaksi online yang cepat dan sangat mudah

Oleh kerana, ianya sangat mudah, ramai dari pemilik bisnes yang lupa untuk menyimpan bukti duit keluar. Bukti duit keluar amat penting untuk disimpan kerana untuk mengelakkan daripada perkara yang selalu berlaku jika tidak menyimpannya. Empat situasi yang selalu berlaku adalah:

✍️ Anda mungkin terbayar pembekal lebih dari satu kali.

✍️ Anda mungkin terlupa yang bil elektrik masih belum berbayar lagi.

✍️ Anda sukar nak membuktikan yang bisnes kita margin ciput dengan lembaga

✍️ Anda tidak sedar berapa jumlah duit yang dikeluarkan setiap bulan


Urus bisnes anda dengan baik, simpan semua bukti duit keluar kerana resit itu adalah aset pemilik bisnes




Semoga bermanfaat!


 

Post a comment

0 Comments