DAPAT SURAT DARI LEMBAGA?


Teks: Hazwani Abd Hamid


Kebelakangan ini, kita selalu dengar ramai pemilik bisnes dapat surat daripada LHDN berkenaan "Pengakuan Sukarela". Ramai yang panik dan ramai juga yang tidak ambil kisah.

Tahu tak?

Setiap pemilik bisnes yang berdaftar dengan SSM, wajib isytihar keuntungan dan rugi mereka dengan LHDN setiap tahun. 

Saya faham..

Ramai yang ada bisnes, tapi tak pernah pun tahu tentang semua ini. Sebab?
Kita tak pernah diberitahu. Kita tak tahu pun yang lepas, kita keluar dari SSM, kita perlu galas sekurang-kurangnya 2 Akta berbeza. Akta ini kita kena ikut, kalau tak? Denda dan mungkin kita akan dipenjarakan. Seram 😣

Jadi, apa penyelesaiannya?

REKOD SENDIRI

Ambil dokumen yang ada, rekod segala transaksi keluar masuk bisnes dari tahun pertama kita bisnes. Memang banyak, tapi ini peluang kita untuk kurangkan penalti yang bakal kita kena kalau dapat surat kedua. Rekod yang dibuat mestilah lengkap sehingga anda dapat "Penyata Untung Rugi". Macammana cara nak rekod?

i. B U K U - Kalau minat secara manual, buku rekod adalah pilihan anda yang lemah komputer. Tulis buku lagi cepat dari taip di PC. Mana nak dapat buku? Kalau nak jimat lagi boleh beli kat mana-mana kedai buku. Kelemahan buku ini adalah anda mungkin sukar untuk jadikan rekod itu sebagai satu laporan "Penyata Untung Rugi" dan anda perlu tahu asas akaun seperti debit dan kredit.

DIARY BISNES
Oleh itulah, munculnya idea saya untuk hasilkan buku yang tidak perlu tahu DEBIT & KREDIT tetapi mampu hasilkan laporan kewangan asas iaitu "Penyata Untung Rugi". Sekurang-kurangnya, ini membantu pemilik bisnes untuk track ke mana perginya duit yang dibelanjakan.

Nak dapatkan? Gi jer ke website - DIARY BISNES

ii. E X C E L - Ini untuk mereka yang celik IT. Tak kisah bisnes kecil atau sederhana, boleh guna Excel sebagai salah satu cara nak rekod sendiri. Bila guna Excel, macam-macam data boleh dikeluarkan, asalkan mahir. Kesilapan mengira pun boleh dikurangkan sebab semuanya "auto-calculate" begitujuga dengan kesilapan sebab penat menulis. Sekurang-kurangnya, dengan Excel boleh "copy+paste" 😉


Saya pun ada bina satu template Excel yang simple-simple. Excel ini kalau anda tidak mahir Excel pun boleh guna. Itu kata-kata student saya sebab katanya dia buta kayu bab-bab Excel dan Komputer. Bila anda rasa, merekod guna buku itu sudah memenatkan boleh cuba rekod menggunakan Excel. Nak design sendiri pun boleh, nak join kelas pun boleh sebab yang join kelas sahaja boleh dapatkan Template Excel tersebut.

KELAS URUS AKAUN BISNES ENTERPRISE

Saya tak nak anda buang duit beli Template tapi tak pandai guna. Nanti salah saya pula bangunkan sistem yang tak boleh pakai. Biasalah kan netizen sekarang 😅

Nak tanya tentang kelas boleh whatapps Admin saya - WASAP ADMIN

iii. S O F T W A R E - Untuk syarikat label Sdn Bhd wajiblah ada rekod akaun. Tiap-tiap tahun memang kena audit dengan auditor. Pengarah kena pastikan rekod sendiri lah. Nak hire freelancer boleh tapi untuk sementara, bukan selama-lamanya. Hanya Pengarah dan pekerja akaun yang betul-betul tahu operasi syarikat. Freelancer hanya akan buat secara kasar dan mungkin tidak tepat.

Tahu kan, kalau ada apa-apa kesalahan merekod ianya bukan tanggungjawab freelancer. Ianya 100% tanggungjawab Pengarah Syarikat. Jadi, ambil tahu. Jangan serah bulat-bulat kepada orang luar. Banyak software di luar sana, cuba dahulu untuk tengok serasi atau tidak dan yang penting valid untuk diaudit atau tidak.

ZERO RO HERO ACCOUNTING


Itu sebab siapa yang beli software dengan saya, saya wajibkan hadir training. Software ni kalau kita rasa, kita belajar sendiri memang tidak jawabnya. Berapa ramai yang beli software tapi simpan dalam laci. Nak install pun kita tak tahu. Itu parah 😭

Nak tanya tentang software? WASAP ADMIN


HIRE AKAUNTAN

Jika masa dah tak mengizinkan untuk merekod sendiri sebab dokumen entah ke mana. Tak tahu nak mula macam mana. Lagi di fikir, lagi lah rungsing. Cara kedua ini adalah alternatif yang terbaik.

Tapi kita kena bersedia dengan kos. Normal kan, kalau kita nak cepat, dokumen pula tak cukup, kerja-kerja merekod akan jadi rumit. Sekurang-kurangnya beban di kepala akan lega sebab kita serahkan kepada yang pakar.

Bila anda "hire" Akauntan, mereka akan buatkan untuk anda dari A sampai Z iaitu sampai hantar borang cukai. Tahun-tahun yang lepas, beri pada mereka untuk selesaikan, anda fokus untuk tahun ini dan kehadapan.

Hal-hal akaun ni tak boleh lari, kita kena hadap dari tahun pertama kita buat bisnes. Nak tutup SSM lepas tu buka baru? 😆 Itu mitos yang karut, SSM boleh cari anda dengan hanya masukkan no kad pengenalan.

Gunalah tempoh "Pengakuan Sukarela" ini dengan bijak. Berapa ramai yang tutup perniagaan dan jatuh sakit sebab dapat surat penalti dari LHDN. Orang tua-tua pernah kata "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya"

Saya kenal Akauntan yang bagus. Boleh wasap beliau untuk risik-risik - AKAUNTAN


Jangan rungsing-rungsing, pilih salah satu cara yang terbaik bagi anda. Buat pilihan dan jangan toleh kebelakang lagi.

Semoga bermanfaat!

Post a comment

0 Comments