Teks: Hazwani Abd Hamid
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Sebagai pemilik bisnes, anda tiga perkara yang sangat penting untuk pastikan anda boleh berniaga dengan lebih tenang dan kekal lama
1. Ada duit masuk
Aliran tunai duit masuk adalah sangat penting untuk memastikan perniagaan boleh kekal beroperasi. Sebagai pemilik bisnes, anda perlu rajin dalam mencari sumber duit masuk
Pelbagaikan sumber duit masuk dan cuba untuk kekalkan sumber tersebut untuk pelanggan ulang pembelian
2. Urus duit keluar
Sumber duit masuk banyak tetapi corong duit keluar lebih luas tidak bagus juga. Urus duit keluar anda dengan pastikan perniagaan mampu ada simpanan yang cukup sekiranya berlaku perkara tidak diingini seperti sakit, penipuan dan pelanggan tarik diri di saat akhir
Duit, bila kecil akan jadi kawan, bila besar jadi lawan. Jadi urus dengan baik, senaraikan duit keluar wajib, simpanan wajib dan duit pusing modal
3. Patuh kepada undang-undang perniagaan
Di mana sahaja kita berniaga, adanya undang-undang perniagaan yang perlu kita patuh. Jika tidak, sebenarnya dalam tidak sedar, anda sudah mula rugi apabila kesalahan anda tersebut dikenakan penalti
Bisnes kecil akan berkembang jika anda urus dengan baik. Mula urus tiga perkara ini dahulu
Semoga bermanfaat!
0 Comments