Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Software akaun dah macam cendawan tumbuh dah sekarang ni. Banyak sangat sampai ada yang tawarkan dengan harga yang sangat murah dan tak masuk akal. Kita sebagai pengguna merangkap pemilik bisnes kena bijak. Kita harus tahu yang dalam dunia sekarang ini, ramai yang mengambil peluang atas kesempitan kita.
Software yang trusted adalah software yang diterima oleh para Juruaudit dan Akauntan. Mengapa begitu? Sebab ianya telah terbukti memudahkan kerja mereka dalam proses menyiapkan laporan kewangan anda setiap tahun.
Ramai mengeluh yang software akaun yang trusted ni mahal. Betul ke?
Harga software akaun yang trusted di pasaran rata-rata bermula dari RM1900 sehingga yang paling mahal berpuluh-puluh ribu ringgit. Kenapa mahal? Software yang berpuluh-puluh ribu itu boleh direkabentuk mengikut operasi perniagaan anda. Lagi banyak permintaan kita, lagi tinggilah harga. Kita pun caj klien begitu kan.
Ada yang software dibayar sekali dan ada juga yang dibayar setiap tahun untuk memperbaharui servis perkhidmatan sokongan mereka. Yelah, kalau korang ada masalah, korang roger diaorang jugak kan. Takkan nak percuma wak.. hehe (gurau sahaja)
Walaupun mahal tapi dengan software akaun ini anda mampu menjimatkan kos Akauntan sehingga beribu-ribu ringgit setahun, malah ada yang berpuluh-puluh ribu setahun. Eksekutif akaun anda mampu merekod dengan lebih mudah dan dapat patuh dengan standard perakaunan yang telah ditetapkan.
Software akaun yang trusted biasanya tidak web-based, ianya akan diinstall di dalam satu komputer ataupun laptop dan dikendalikan oleh beberapa user yang dibenarkan. Walaupun ramai yang lebih prefer web-based tapi percayalah berapa ramai sahaja yang rekod transaksi setiap kali ianya berlaku. Gebang sahaja!
Software akaun memerlukan storage yang besar dan ianya rumit. Lebih baik ianya disimpan di server perniagaan anda berbanding di cloud yang kita tidak tahu keselamatan datanya. Lagi-lagi ianya amat baru di negara kita.
Biar software mahal kita bayar sekali, daripada software murah tetapi perlu dibayar sampai bila-bila.
"Tepuk dada, tanya poket"
"Tepuk dada, tanya poket"
Sedikit perkongsian dari Team saya untuk idea kepada anda sebelum beli software
Klik untuk tonton
Semoga bermanfaat!
2 Comments
Nak tahu
ReplyDeleteBoleh klik di posting atau tinggalkan email ye
Delete