Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Nak rekod transaksi bisnes bukan sekadar petik bintang di langit.
Bukan sekadar apa yang dicongak di kepala. Ianya lebih dari sekadar itu
Segala apa yang direkod di dalam sistem mesti ada dokumen yang menyokong.
Harus ada bukti yang ditunjukkan.
Apabila transaksi sekadar rekod tanpa bukti sokongan;
i. Sukar mendapat pengesahan transaksi
Auditor tidak akan percaya yang transaksi kita rekod itu adalah benar. Umpama, kes anda di bawa ke muka pengadilan, para hakim juga memerlukan bukti yang anda benar-benar tidak bersalah
ii. Transaksi tidak boleh mengurangkan cukai
Tanpa resit, beberapa transaksi duit keluar tidak boleh mengurangkan cukai. Terpaksalah anda membayar cukai tinggi dari yang sepatutnya
iii. Semua duit keluar menjadi hutang kepada pengarah
Setiap duit keluar mesti direkod. Jika duit keluar tersebut, anda tidak tahu ke mana, ianya perlu direkod sebagai ambilan pemilik atau jika anda pengarah ianya akan direkod sebagai anda yang berhutang kepada syarikat.
0 Comments