PETUA MAHIR SOFTWARE AKAUN

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Anda sedar yang software akaun adalah mahal dan anda tahu dengan adanya software, ianya mampu memudahkan urusan merekod sehari-hari. Oleh itu, anda kena pastikan yang anda boleh mahir menggunakannya



Jadi, saya kongsikan 3 petua untuk mahir menggunakan software akaun dalam masa 30 hari

1. PILIH SOFTWARE YANG TEPAT

Banyak pilihan software yang ada. Anda cuma perlu pilih dan bayar sahaja. Jadi, ambil masa untuk anda pilih dengan betul. 

Tiga perkara yang anda perlu nilai adalah
i. Harga
ii. Review pembeli sebelum ini
iii. Kos tahunan 


2. AMBIL TAHU ASAS AKAUN 

Kebanyakkan software kini, 90% cara merekod adalah tidak memerlukan langsung kita untuk tahu "Debit dan Kredit". Cuma anda perlu mahir dalam mengenal terma-terma perakaunan seperti aset, liabiliti dan sebagainya 


3. PRAKTIS & PRAKTIS

Setiap perkara baru yang anda baru belajar memerlukan latihan dan praktis yang kerap. Anda perlu merekod setiap hari untuk pastikan anda mahir dengan software tersebut. 

Praktis untuk siapkan satu bulanan rekod perakaunan dahulu, kerana ianya motivasi untuk ke tahap seterusnya

Teruskan usaha


Semoga Bermanfaat!





Post a Comment

0 Comments