REKOD AKAUN BISNES GUNA BUKU

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Bila ada rekod segala duit masuk dan duit keluar, baru anda tahu yang anda tidak bisnes syok sendiri dan untuk pastikan bisnes akan semakin bertambah baik. 

Bagaimana ingin mula merekod, saya ada kongsikan dalam blog ini tiga cara iaitu:

i. Buku
ii. Excel 
iii. Software

Di dalam perkongsian ini, saya kongsikan apa yang perlu ada rekod apabila menggunakan kaedah pertama iaitu buku. Anda boleh menggunakan apa sahaja buku seperti buku sekolah, kertas kajang mahupun buku nota biasa yang boleh didapati di kedai buku. 


Tidak perlu buku lejer pun boleh mula merekod. Hanya mulakan dengan 6 buku dahulu


Maklumat yang anda perlu rekod di dalam buku tersebut adalah:

Buku Pertama

Buku Jualan - Rekod jualan anda setiap hari


Buku Kedua

Buku Kos Jualan - Rekod transaksi duit keluar untuk beli barang dari pembekal


Buku Ketiga

Buku Belanja - Rekod transaksi semua duit keluar selain duit yang anda gunakan guna beli barang dari pembekal


Buku Keempat

Buku Untung Rugi - Masukkan amaun buku pertama, kedua dan ketiga dengan menggunakan formula penyata untung rugi 

Amaun Jualan - Amaun Kos Jualan - Amaun Belanja = Untung / Rugi

Anda rugi apabila nilai Kos Jualan dan Belanja melebihi


Buku Kelima

Buku Bank - Di sini anda perlu rekod duit masuk dan duit keluar seperti di dalam penyata bank. 


Buku Keenam

Buku Tunai - Di sini anda perlu rekod duit masuk dan duit keluar semua berkaitan dengan duit tunai anda


Kaedah ini, saya perkenalkan kepada Usahawan OKU, JKM cawangan Shah Alam. Alhamdulillah mereka masih gunakan kaedah ini sampai sekarang.



Anda juga boleh mulakan




Semoga Bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments