UPGRADE KE SDN BHD

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Selalu kita dicanangkan dengan perkara yang sedap dan indah di dengar. Sehinggakan kita tidak tahu pun yang mana benar dan yang mana salah. Saya pula tidak suka bercakap tentang bulan dan bintang. Saya orang realiti, berpijak di bumi yang nyata. Saya yakin anda pun begitu.

Untuk post kali ini, saya nak kongsi 4 sebab anda "TIDAK PERLU UPGRADE SDN BHD" yang sudah ada syarikat Sdn Bhd jangan downgrade pula ye. Ini untuk mereka yang belum lagi upgrade, yang dah upgrade teruskan urus dengan baik.




SEBAB PERTAMA - BISNES SEPARUH MASA

Cik Kiah (bukan nama sebenar) berbisnes secara separuh masa sebab siang hari dia kerja, jadi bila-bila masa senggang dia buat bisnes kecil-kecilan. Bolehlah tambah duit poket bila sesak-sesak tengah bulan. Semua benda Cik Kiah buat, post status kat facebook, layan PM, bungkus order, ambil barang dari supplier sehinggalah hantar ke Poslaju. 

Bila Cik Kiah rajin banyaklah sales, tapi bila tengah masyuk bisnes pun tutup sekejap. Berehat..


SEBAB KEDUA - BISNES TAK GUNA DUIT MODAL

Yaya (bukan nama sebenar) menjalankan bisnes urut rumah ke rumah. Kos Yaya ubat urut dan minyak motor bila dia nak ke rumah pelanggan. Ubat urut tu pun sekali beli boleh guna untuk lebih daripada 10 orang. Boleh kata kos Yaya ni memang murah sangat lah. Cukuplah sekadar jualan sekarang ni, itupun tak menang tangan. 

Tak perlu pun nak apply loan bank, takde apa yang mahal untuk dibeli. Yaya buat bisnes ni pun suka-suka. Bila cuti sekolah memang Yaya cuti, jaga anak sedara sebulan dua.


SEBAB KETIGA - KEUNTUNGAN KENA CUKAI RENDAH

Kalau bisnes kita untung bawah RM100,000 setahun tak perlu nak upgrade. Untung ye bukan Jualan, ramai yang keliru di sini. Kita dapat penjimatan cukai lebih rendah bila upgrade ke Sdn Bhd apabila keuntungan kena cukai kita atas RM100,000. Itupun jimat sedikit sahaja, kalau nak dibanding dengan kos tahunan yang anda kena sediakan apabila telah upgrade nanti. Contoh; kos setiausaha syarikat, kos juruaudit dan kos agen cukai.


SEBAB KEEMPAT - TEST MARKET

Jika anda baru mula bisnes, tidak pernah ada pengalaman dalam menjalankan bisnes, label Enterprise itu dah cukup untuk menjadi sekolah pertama anda. Risiko hilang modal kecil berbanding sekiranya kita setup Sdn Bhd. Jika telah stabil dan nampak potensi untuk lebih membesar, upgrade ke Sdn Bhd. Masa itu, anda sudah tahu apa yang perlu dibuat dan tidak akan langgar dinding.


Kesimpulannya:

Memiliki Syarikat Sdn Bhd ini besar tanggungjawabnya, bukan sahaja dari segi peranan cari duit tetapi guna mengurus duit dan mengurus pasukan. Bila anda bermula dengan Sdn Bhd bermakna susah senang anda kena temph walaupun pahit. Sukar untuk "turning back".

Nasihat saya, ambil imu dan panduan yang betul dari mereka yang berpengalaman. Sketch perjalanan syarikat yang bakal anda kemudi dari segi peranan setiap pengarah, kos bulanan yang anda tidak boleh lari dan fokus jualan anda untuk tahun-tahun hadapan.

Di Amani Academy, saya mencetuskan satu kelas asas perniagaan iaitu selama 3 jam untuk anda fikir-fikirkan apa label perniagaan yang anda mahu daftarkan. Setiap bulan, kami akan adakan kelas ini untuk "capture" semua pemilik dan bakal pemilik  bisnes. Daftarlah untuk anda dapat kan cerita sebenar, luar dan dalam tetang kesemua label perniagaan yang ada di Malaysia.

Ramai yang dah tersungkur dan bermula kembali dari bawah setelah gagal memilih yang terbaik untuk langkah yang pertama. So, do it right, at the first time.




Semoga bermanfaat!






Post a comment

0 Comments