PENDAFTARAN NOMBOR FAIL CUKAI PENDAPATAN

Teks: Hazwani Abd Hamid

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Anda belum daftar nombor cukai? 
Jom saya kongsi kepada anda cara-caranya. Sebelum itu, saya nasihatkan anda untuk semak dahulu maklumat cukai anda. Mungkin anda sudah daftar masa bekerja dahulu. 

Untuk semakan, anda boleh ke link - SEMAK CUKAI

LANGKAH 1

Terus ke link e-daftar - http://edaftar.hasil.gov.my/


LANGKAH 2

Anda akan dibawa ke website dan panduan lengkap tertera di sebelah kiri. Setelah itu, anda perlu pilih kategori yang anda ingin mendaftar:

1. Kategori Individu - Anda yang menjalankan perniagaan berlabel Enterprise

2. Kategori Syarikat - Anda yang ada perniagaan berlabel Sdn Bhd

3. Kategori Majikan - Sekiranya perniagaan anda mempunyai pekerja, anda perlu berdaftar Majikan

4. Kategori Perkongsian - Tambahan pendaftaran untuk anda yang berlabel Enterprise iaitu Perkongsian.

Untuk panduan ini, saya beri contoh untuk perniagaan "Milikan Tunggal"


LANGKAH 3

Klik "Borang Pendaftaran Online" dan lengkapkan.

Maklumat PERTAMA - Maklumat DIRI. 

Lengkapkan maklumat diri anda sebelum ke langkah seterusnya. Untuk contoh ini, anda menjalankan perniagaan dan anda tidak bekerja maka boleh tinggalkan ruangan Maklumat PEKERJAAN seperti yang saya petakkan dengan warna merah.


LANGKAH 4

Terus ke Maklumat PERNIAGAAN dan isikannya dengan lengkap.


LANGKAH 5

Setelah itu, anda ke ruangan Pendaftaran FAIL MAJIKAN jika anda mempunyai pekerja. Senang sekali jalan, anda tak perlu nak membuat pendaftaran banyak kali.

Masukkan kod keselamatan dan HANTAR


LANGKAH 6

Anda akan menerima nombor rujukan pendaftaran dan ianya perlu dicetak untuk rujukan semasa menyemak status pendaftaran.

Jangan Lupa! Anda perlu memuatnaik dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan. Jika anda tidak memuatnaik, permohonan anda akan di dalam status tidak lengkap dan perlu memohon semula setelah tamat 14 hari.

Syarat muat naik adalah fail mestilah dalam format .jpg atau .gif sahaja, saiz fail di antara 40K dan tidak melebihi 60K dan fail mestilah dinamakan alphanumerik.

Biasanya anda perlu muatnaik salinan kad pengenalan dan salinan sijil SSM.

LANGKAH 7

Semak permohonan anda dalam masa 3 hari bekerja selepas permohonan online dibuat di link - SEMAK CUKAI


Bagaimana untuk kira cukai Enterprise? Bacaan lanjut di dalam EBOOK CUKAI




Semoga Bermanfaat!


Post a Comment

0 Comments