Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Penyediaan penyata kewangan terbahagi kepada dua method iaitu:
- Asas TUNAI
- Asas AKRUAN
Boleh jadi anda gunakan kedua-kedua atau salah satu ketika merekod nanti. Jadi, untuk posting ini saya akan terangkan perbezaan antara keduanya dan kesan kepada laporan kewangan anda.
PERAKAUNAN ASAS TUNAI
Perakaunan asas tunai adalah apabila hasil dan belanja direkodkan apabila ianya diterima atau dikeluarkan dalam tempoh perakaunan tertentu. Ini biasanya cara direkodkan oleh peniaga kecil seperti penjaja, pegerai, pusat tuisyen dan klinik-klinik.
Apabila anda menerima bayaran, anda akan rekod sebagai jualan. Selagi anda belum menerima bayaran, tiada apa-apa yang akan direkod
PERAKAUNAN ASAS AKRUAN
Perakaunan asas akruan ialah jumlah hasil yang sebenar sepatutnya diterima dipadankan dengan jumlah belanja sebenar yang sepatutnya dibayar bagi satu-satu tempoh perakaunan.
Maknanya, tidak kira anda sudah diterima atau belum bayaran daripada pelanggan, anda perlu rekodkan sebagai hasil atau jualan termasuklah belanja yang anda sudah bayar dan juga belum dibayar.
Di antara keduanya, asas akruan dikatakan lebih menepati prinsip perakaunan umum.
Sebagai contoh tambahan,
Tahun perakaunan perniagaan anda berakhir Disember 2020 tetapi bayaran gaji bulan Disember hanya akan dibayar pada bulan Januari 2021.
Maka jika menggunakan asas akruan, anda akan merekodkan amaun belanja gaji pada bulan Disember 2020 juga
Tetapi jika menggunakan asas tunai, anda akan merekod pada bulan Januari 2021 itu nanti
Semoga Bermanfaat!
0 Comments