ANALISIS PENYATA KEWANGAN - PART 2

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum

Kita bersambung untuk nisbah yang terakhir iaitu:

NISBAH KECEKAPAN

Nisbah kecekapan menunjukkan kecekapan pihak pengurusan perniagaan dalam pengurusan inventori, keupayaan mengutip dan membayar hutang perniagaan.

Nisbah yang digunakan adalah:

KADAR PUSING GANTI INVENTORI

Ianya digunakan untuk menunjukkan kecekapan operasi dalam pengurusan inventori dan mengukur keupayaan perniagaan menjual barang niaga. Kadar ini boleh dinyatakan dalam hari, minggu atau bulan untuk menentukan berapa lama inventori disimpan sebelum dijual.

Kos Jualan
Inventori Purata (Inventori Awal + Inventori Akhir
                                               2                          )

Kadar pusing ganti ini perlu dibandingkan dengan kadar tahun lepas untuk melihat perbandingan lengkap. 

TEMPOH KUTIPAN HUTANG

Nisbah ini dikira untuk mendapatkan tempoh purata kutipan hutang, iaitu jangka masa yang diambil oleh pelanggan untuk menjelaskan hutangnya.

Akaun Belum Terima
__________________     X 365 hari

Jualan Kredit

Nisbah ini juga boleh dinyatakan dalam minggu atau bulan dengan mendarabkan dengan 52 atau 12.

TEMPOH PEMBAYARAN HUTANG

Analisis ini berfungsi untuk mengukur keupayaan perniagaan membayar hutang kepada pembekal perniagaan. Nisbah ini dikira untuk mendapatkan tempoh purata yang diambil oleh perniagaan untuk menjelaskan hutangnya.

Akaun Belum Bayar
__________________     X 365 hari

Belian Kredit

Nisbah ini juga boleh dinyatakan dalam minggu atau bulan dengan mendarabkan dengan 52 atau 12.

Maklumat yang diperolehi daripada analisis nisbah yang saya terangkan hanya bermakna dan berguna sekiranya nisbah-nisbah ini dibandingkan. Sesuai bagi tujuan perniagaan untuk merancang, mengawal dan membuat ramalan aktiviti perniagaan.

Apabila perbandingan ini dibuat, makanya anda mampu meneliti perubahan samaada ianya menunjukkan kemajuan, kestabilan atau kemerosotan.

Tidak semua yang kita akan gunakan tapi mengetahui yang penting untuk syarikat adalah sesuatu yang baik.

Jumpa lagi & Semoga Bermanfaat!


Post a comment

0 Comments