Tips Bisnes Husband & Wife

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum..


Bercuti baru-baru ini, kami ambil kesempatan bersama keluarga bercuti di Melaka. Segar pemandangan dan jiwa pun tenang, menghilangkan lelah berbulan-bulan bekerja tanpa cuti.

Sambil melihat anak-anak mandi-manda di Taman Tema popular di Melaka, kami kaum Ibu berbincang kosong sehinggalah ke perbincangan yang saya suka iaitu perniagaan. Lagi dekat dengan jiwa kami adalah "Perniagaan Suami Isteri". 

Perniagaan yang diuruskan secara bersama antara suami dan isteri adalah sangat mencabar tetapi akan memberi hasil yang hebat jika anda berjaya mengharungi rintangan-rintangan awal. 

Saya kongsikan tipsnya:

1. Mengurus department yang berbeza peranan. Sekiranya, suami di bahagian operasi anda urus bahagian lain seperti akaun atau pentadbiran. Ini bagi mengelakkan konflik-konflik rutin yang tidak baik untuk hubungan. Bawa topi peranan masing-masing dengan baik dan pastikan department anda menjalankan tugas dengan betul dan cemerlang.

2. Meeting secara telus walaupun pahit. Di pejabat be professional. Di rumah tukar peranan. Luahkan segala rasa ketidakpuashatian semasa mesyuarat dan pastikan anda tidak terbawa-bawa emosi isteri sekali. Ini penting bagi memastikan mesyuarat tersebut bermanfaat untuk perniagaan.

3. Respect keputusan each other. Kaji keputusan tersebut dan perbaiki di masa hadapan. Sekiranya ada kata putus yang tidak dipersetujui bersama, ambil undi dari pekerja. Terima keputusan tersebut dan kaji semula keputusan untuk melihat samaada keputusan tersebut betul atau tidak. Jika tidak, sama-sama perbaiki secara professional dan matang.

4. Sentiasa ada inisiatif untuk membangunkan bisnes bersama-sama. Anda perlu sentiasa bermuhasabah tentang diri sendiri, samaada anda ada menyumbang sesuatu kepada syarikat atau tidak. Anda perlu ada sifat untuk beri lebih dari pasangan anda. Don’t be a passenger. 

5. Jangan buat side income peribadi! Ya. Kadang-kala bila suami tidak memihak kepada kita, si Isteri akan cuba penuhi apa yang dia rasakan betul. Ini tidak boleh digunapakai di dalam pengurusan syarikat. Sekiranya ini diteruskan, anda akan selesa untuk bergerak sendiri dan lama kelamaan syarikat bersama suami dan isteri akan terkubur.

Kongsi-kongsikan.

Semoga Bermanfaat!


Post a Comment

0 Comments