Merekod Jualan Tunai

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Ramai yang berdepan dengan situasi ni hari-hari, di mana duit jualan RM2000 untuk kedai hari ini kita masukkan dalam bank syarikat separuh, dan lepas itu lagi separuh kita guna untuk "Petty Cash" kedai.

Semua perkara di atas, kita hanya gunakan otak kita untuk mengingat. Lama-kelamaan kita bakal lupa dan menyukarkan proses merekod kerana tiada data dalam bentuk dokumentasi.

Jadi, apa perlu kita buat?


Saranan saya, anda perlu sediakan 3 buku untuk situasi tersebut:

BUKU JUALAN TUNAI


Catat setiap transaksi jualan setiap hari dalam buku ini. Bandingkan jumlah stok yang tinggal setiap hari dengan baki stok sebelum ini. Akhir nota, letakkan jumlah yang diterima secara tunai dan nilai yang dimasukkan ke Bank SETIAP HARI.


BUKU BANK

Catat setiap transaksi keluar dan masuk dalam Akaun Bank mengikut tarikh dan masukkan data berkenaan no invois, no bil dan nama syarikat. Buku Bank mempunyai 2 kolum iaitu kolum duit masuk dan duit keluar. Untuk duit jualan yang dimasukkan ke dalam bank, masukkan data di kolum Duit Masuk.


BUKU PETTY CASH

Begitu juga Buku Petty Cash mesti ada 2 kolum. Apabila separuh duit hasil jualan digunakan untuk Petty Cash maka masukkan data tersebut juga di kolum Duit Masuk.


Jika mengikut double entry, ianya akan terhasil begini:

Terima Duit Jualan

Debit     Tunai                    RM2000
Kredit               Jualan                      RM2000

Masukkan ke dalam Akaun Bank

Debit     Bank                    RM1000
Kredit               Tunai                      RM1000

Gunakan separuh untuk Petty Cash

Debit     Petty Cash                    RM1000
Kredit               Tunai                               RM1000


Setiap perjalanan perlu direkod supaya kita mampun untuk ingat pada masa akan datang dan kita juga mampu merekod dengan betul dan tepat.




Semoga bermanfaat!




Post a Comment

0 Comments