Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Perkongsian di Syawal yang Ke-6, Salam Aidilfitri.
Mohon ampun zahir & batin.
Sebagai pemilik bisnes, kita sering rasa tidak cukup duit. Untuk menyelesaikan masalah, anda harus mengenalpasti punca kepada masalah tersebut. Saya kongsikan 3 punca utama anda mungkin ada isu dengan cash flow iaitu:
1. TIADA PEMANTAUAN
Dah berbulan-bulan anda serah barang kepada pelanggan, bulan yang ketiga baru nak tanya tentang bayaran. Lagi lewat anda tuntut bayaran, lagi sukar mereka akan membuat pembayaran kepada anda.
Akhirnya mungkin kos kita untuk mendapatkan bayaran akan jadi labih tinggi dari amaun yang dihutang.
Orang tua-2 kata, simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Hutang pun kalau dibiarkan macam itu juga.
2. OVERHEAD TINGGI
Sales bulanan tak setara mana tetapi bil-bil bulanan tinggi. Biasanya nak menampakkan reputasi dan imej syarikat korporat. Sewa pejabat di bangunan mewah, perabot pejabat yang canggih maggih, renovasi pejabat yang elit, staff yang ramai, gaji yang lumayan.
Kos overhead yang tinggi adalah musuh senyap syarikat. Anda harus bekerja keras setiap bulan untuk tanggung kos overhead yang tinggi. Lagi-lagi jika kos tersebut adalah kos yang tidak meningkatkan produktiviti syarikat
3. AKAUN BERSAMA
Kad ATM dan transaksi Online adalah musuh dalam selimut syarikat. Penggunaan kad ATM memang memudahkan pemilik bisnes di kala konon-konon memerlukan tapi lama kelamaan menghantui pemilik bila akhir bulan atau bila nak mula rekod akaun bisnes
Ianya menjadikan lebih rumit apabila kad ATM itu digunakan untuk perbelanjaan peribadi. Nak makan di restoran cocok kat ATM syarikat, nak beli online baju raya log in akaun syarikat, top up barang dapur swipe kad ATM syarikat.
Sedar-sedar bila nak bayar gaji staff, nak beli stok kedai, baki duit dalam akaun bank syarikat tidak mencukupi.
Betapa pentingnya disiplin kan diri untuk berjaya
Semoga Bermanfaat!
0 Comments