Beza Kos Jualan & Perbelanjaan

Teks: Hazwani Abd Hamid

Assalammualaikum & Salam Sejahtera, 

Masih lagi ramai di kalangan anda masih keliru dengan kedua-dua kategori akaun ini. Apa pentingnya perkara ini? Mestilah penting. Untuk kita tahu samaada bisnes kita ini buat kebajikan ataupun buat bisnes.

Image result for direct cost
KOS JUALAN

Kos yang kita boleh kaitkan terus secara langsung kepada Jualan syarikat. Contoh yang paling mudah adalah perniagaan kedai buku;

Image result for book shop  
Kos Jualan sesebuah kedai buku adalah buku-bukunya.

Bagaimana pula dengan perniagaan Butik Pakaian?

Image result for tailor 

Kos Jualan sesebuah Butik Pakaian adalah alatan jahitan, kain dan juga upah tukang jahit.

Siapa yang layak menentukan Kos Jualan sesebuah syarikat? Tentulah anda sebagai pemilik bisnes dengan nasihat Akauntan atau Juruaudit.

Dari situlah, sesebuah syarikat mampu untuk meletakkan nilai jualan bagi setiap item yang mahu dijual.

Bagaimana pula dengan PERBELANJAAN?

Perbelanjaan adalah kos yang tidak berkaitan secara langsung dengan item jualan. Contohnya - Kos sewa kedai, bil elektrik kedai dan juga bil internet kedai. 

Walaupun tiada jualan, belanja-belanja ini perlu dibayar. Ianya juga dikenali sebagai "Belanja Hangus"

Saya bagi contoh Profit & Loss untuk bisnes jenis TADIKA.


JUALAN
- Yuran Tahunan
- Yuran Bulanan
- Yuran Lain-lain

KOS JUALAN
- Kos Buku
- Kos Acara Tahunan & Bulanan
- Kos Guru Tadika 
- Kos Lain-lain

BELANJA
- Caj Bank
- Gaji Pekerja Pentadbiran
- Bil Elektrik
- Bil Air
- Bil telefon

Jom kongsikan, Profit & Loss bisnes anda diruangan komen. Profit & Loss yang lengkap dan tepat, saya nak bagi HADIAH ISTIMEWA. 

Saya tunggu KOMEN anda.

Semoga Bermanfaat!



Post a Comment

0 Comments