Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Hari ini saya mahu kongsikan cara merekod transaksi berkaitan aset tetap. Cara perekodan ini adalah cara orang biasa-biasa rekod.
Kalau mengikut cara perakaunan yang betul, ianya mungkin lebih terperinci dan sukar difahami oleh mereka yang tiada latarbelakang perakaunan
PEMBELIAN ASET SYARIKAT
Apabila membeli aset tetap atas nama syarikat terutama sekali yang melibatkan pinjaman, ada beberapa perkara yang anda perlu rekod
Sebelum itu, anda perlu dapatkan beberapa maklumat penting seperti contoh berikut
Syarikat Amani Sdn Bhd membuat pembelian kereta atas nama syarikat dengan pinjaman bank
Nilai Kereta - RM100,000
Insurance - RM2,000
Cukai Jalan - RM500
Deposit - RM10,000
Pinjaman diluluskan - RM92,500 (termasuk cukai jalan & insurans)
Interest Pinjaman - RM15,000
Cara Merekod
1. Jurnal - Bayaran deposit
Debit Deposit Dibayar (Aset Semasa) RM10,000
Kredit Bank RM10,000
2. Jurnal - Selepas pinjaman diluluskan
Debit Kenderaan RM100,000.00
Debit Insurans & Cukai Jalan RM2,500.00
Debit Interest in Suspense RM15,000.00
Kredit Deposit Dibayar RM10,000.00
Kredit Pinjaman Kereta - No Plat kereta (Liabiliti) RM107,500.00
Cara merekod di dalam MYOB Software |
3. Merekod bayaran ansuran pinjaman kereta
Ansuran bulanan yang ditetapkan oleh pihak bank adalah RM1200/sebulan
Perekodan di buku bank:
Debit Pinjaman Kereta - No Plat Kereta RM1,200.00
Kredit Bank RM1,200.00
Kredit Bank RM1,200.00
Pelarasan interest boleh diserahkan kepad Auditor jika tidak pasti. Contoh rekod ini saya lakukan di jurnal supaya anda boleh lihat pelarasan Debit dan Kredit secara langsung.
SUSUTNILAI ASET SYARIKAT
Susutnilai aset dilakukan setahun sekali mengikut "straight-line method". Untuk kenderaan peratusan susutnilai adalah 10%.
Kadang-kala sesetengah organisasi akan prorata kan susutnilai mengikut dari tarikh pembelian. Contohnya Kenderaan ini dibeli pada Jun 2017, maka susutnilai hanya akan dikira RM5000 sahaja berbanding RM10,000.
Selamat Mencuba.
Semoga Bermanfaat!
3 Comments
HI, Kredit Deposit Dibayar tu letak under akaun apa ye? Asset atau liabiliti?
ReplyDeleteBergantung. Jika deposit itu diterima ianya liabiliti. Kalau deposit tersebut di bayar, ianya adalah aset
Deletehi,saya nak tanya kalau untuk syarikat persendirian (ent) aset pinjam double entry dia macam mne ya?
ReplyDelete