Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Mungkin ramai dah tahu tentang apa yang saya nak tulis hari ini, tapi ramai juga yang abaikan. Sampai satu masa, anda akan rasa terdesak, tersepit dan mungkin bertindak untuk tutup syarikat. Perkara ini sudah selalu terjadi, sayangnya bila perkara itu terjadi apabila anda susah tidak seaktif dulu dan pasaran kian tenat.
Tahukah Anda?
"Setiap syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia WAJIB menyiapkan laporan akaun dan isytihar cukai setiap tahun walaupun RUGI atau TIDAK AKTIF"
Walau apa pun alasan anda, pihak berwajib telah mendengar mungkin lebih dari 1001 alasan yang bagi mereka ianya adalah biasa dan sama. Jadi, hari ini saya akan kongsikan 5 cara yang betul untuk anda kekal bersaing dalam dunia perniagaan dan bersedia bila-bila untuk diaudit oleh syarikat berwajib seperti SSM, LHDN & Kastam.
BUKA AKAUN BANK PERNIAGAAN - Ini bukan sahaja meningkatkan professionalisme syarikat anda tetapi juga memudahkan anda track duit keluar masuk dan ianya adalah satu tanda aras untuk menentukan jumlah cukai yang anda perlu bayar sebenarnya
SIMPAN RESIT & BUKTI TRANSAKSI - Perkara ini amat mudah tapi kita ini banyak sangat huruf M dalam diri kita. Biar susah dahulu, senang kemudian. Ambil masa seminggu sekali atau sebulan sekali untuk buat kerja filing. Ada satu klien saya gajikan kerani part time, di mana setiap bulan dia akan bagi dua guni resit kepada kerani tersebut untuk dia tampal & filing, sebab dia sedar bergunanya resit itu satu hari nanti.
SEDAR TENTANG TARIKH AKHIR (DEADLINE) - Setiap syarikat yang berdaftar dengan SSM mempunyai tarikh akhir untuk mereka rekod akaun, hantar borang cukai & bayar cukai setiap tahun. PENTING: Syarikat yang berdaftar sebagai pemilik tunggal & perkongsian mempunyai tarikh yang sama iaitu 30 Jun setiap tahun.
JANGAN BUAT SALAH - Bila anda tahu peraturan, anda akan berhati-hati untuk tidak langgar peraturan. Kesalahan yang kita rasa kecil seperti lambat hantar borang cukai atau Kastam mungkin menjadikan kita gelisah apabila melihat amaun penalti yang kita perlu bayar. Salah seorang klien saya juga telah dikenakan denda lewat hantar borang GST sebanyak 13 kali lewat. Satu submission lewat beliau perlu membayar RM1500 yang keseluruhannya berjumlah RM19,500 tanpa ansuran dan bayaran yang hanya diterima adalah tunai
REKOD TRANSAKSI BISNES - Sebagai pendiri bisnes anda mesti serba tahu walaupun subjek anda paling tidak minat di sekolah adalah matematik atau prinsip akaun. Rekod setiap transaksi perniagaan anda walaupun hanya dalam excel. Setiap tahun anda boleh guna rekod excel tersebut dengan mendapatkan bantuan pegawai LHDN untuk membuat pengiraan cukai ataupun kepada akauntan untuk jadikan laporan anda lebih tepat dan sahih.
Jadilah kita yang terbaik dari semalam, sebab semalam adalah kenangan dan hari ini adalah kenyataan.
Semoga bermanfaat!
0 Comments