Balance Sheet tak Balance?

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,


Salam Jumaat yang barakah.


Beberapa hari yang lepas, saya ada menghadapi masalah akaun yang tidak balance yang dapat dikesan dari Balance Sheet. Bukan mudah untuk mencari puncanya dan mungkin juga tidak berbaloi untuk kita mencari dari setiap rekod akaun yang kita buat. Jadi, setelah saya membuat beberapa ujian Alhamdulillah akaun tersebut telah seimbang. Maka, saya ambil keputusan untuk kongsikan kepada anda, bagaimana jika anda juga mempunyai masalah yang sama.


Balance Sheet atau dalam Bahasa ianya dikenali sebagai Kunci Kira-Kira adalah laporan yang WAJIB seimbang. Kunci kira-kira juga merupakan laporan kewangan yang terakhir selepas lejer dan penyata untung rugi. Seimbang bermakna, ianya mesti mengikut formula akaun iaitu;

ASET=LIABILITI + EKUITI PEMILIK


Tapi mengapa ianya tidak seimbang? Kerap kali berlaku apabila kita merekod akaun secara manual dan mungkin juga melalui sistem. Let's check!




KESALAHAN PERTAMA
OPENING BALANCE TAHUN LEPAS YANG SALAH ATAU TIDAK DIAMBILKIRA.

Kunci Kira-Kira adalah nilai yang kekal diambil dari mula syarikat beroperasi. Angka-angka ini perlu dibawa ke tahun hadapan setiap tahun.


KESALAHAN KEDUA
UNTUNG SEMASA YANG TIDAK DIMASUKKAN KE DALAM "BALANCE SHEET"

Untung semasa perlu dimasukkan kedalam jumlah "untung semasa" dari Penyata Untung Rugi tahunan di bawah kolum Pendapatan Terkumpul. 


KESALAHAN KETIGA
DOUBLE ENTRY YANG SALAH SEPERTI TIDAK BALANCE ATAUPUN SALAH KOD AKAUN.

Amaun debit dan kredit mesti sama. Dan akaun yang terlibat mestilah mengikut formula di atas. Jika amaun debit RM500 dan kredit RM400, disitu akan wujud akaun yang tidak seimbang.


PELARASAN TAHUN LEPAS YANG TIDAK DIBETULKAN DENGAN CARA YANG TEPAT

Kesilapan merekod tahun lepas yang di ubah pada tahun ini, perlu dilakukan pada tahun semasa. Anda tidak boleh mengubah akaun tahun lepas pada tahun ianya berlaku kerana baki-baki kunci kira-kira yang berubah dan ianya adalah penyebab kepada tidak seimbang


KESALAHAN KEEMPAT REKOD YANG DIPADAM

Rekod bank terutamanya jika dipadam setelah di lakukan "Reconciliation" akan mengubah baki bank di dalam rekod anda. Maka ianya sudah tentu tidak akan padan dengan baki bank yang sebenarnya.


Semoga bermanfaat!







Post a comment

1 Comments

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete