Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah..
Assalammualaikum..
Soalan di bawah amat sinonim sejak akhir-akhir ini, sila baca dengan tenang.
SOALAN:
Boleh tak nak kurangkan bayaran GST?
JAWAPAN:
Ianya perkara biasa bagi syarikat-syarikat kecil keluar dengan kata-kata ini, kerana mereka telah terbiasa dan dimanjakan dengan Auditor. Saya pernah kupas isu ini pada POST 9 Oktober lepas. Mengapa mahu gerak ke belakang lagi? Tak kan setiap 3 bulan anda harus perah kepala dan tenaga orang lain untuk dapatkan figure yang anda mahu?
Secara logik jawapannya adalah apa yang anda kutip anda perlu remit kepada KASTAM ditolak dengan GST yang anda ada belanjakan pada tempoh tersebut. Sudah tentu-tentu, jumlah yang anda perlu bayar adalah kurang dari jumlah yang anda kutip.
OUTPUT TAX - INPUT TAX = GST PAYABLE / GST CLAIMABLE
Sepatutnya, anda perlu lihat pada bulan pertama sebelum tempoh GST tamat; sebagai contoh untuk tempoh Julai ke September. Setiap bulan bermula pada Julai, anda perlu pantau jumlah GST yang dikutip dan jumlah GST yang anda belanjakan. Ini bagi membolehkan anda membuat persiapan atau perubahan awal.
Tetapi, Bagaimana kita mahu mengurangkan pembayaran GST? Terutama sekali syarikat yang bermasalah dalam aliran tunai, kutipan pelanggan yang perlahan dan kurangnya pembayaran cukai input mengikut "nature of business" syarikat.
PROFORMA INVOICE
Proforma Invois boleh dikeluarkan untuk rujukan pembayaran pelanggan. Ianya tidak boleh digunakan sebagai dokumen GST, maksudnya Invois tidak akan direkod sebagai "output tax" selagi Invois Bercukai belum dikeluarkan. Ianya dapat mengatasi masalah kutipan hutang dari pelanggan dan mengelakkan dari syarikat terbeban untuk membayar GST bagi pihak mereka.
DOKUMEN SOKONGAN
Ramai dari kita tidak sedar bahawa mereka hanya boleh tuntut cukai GST yang dibayar ketika membeli belah di pasaraya besar terhad kepada RM30 sahaja. Oleh itu, sekiranya cukai input tersebut melebihi RM30 maka beliau layak untuk "request" Invois Cukai yang lengkap. Jika tidak ianya amat merugikan syarikat kerana amaun tersebut boleh mengurangkan cukai output syarikat.
Selain itu, penyimpanan rekod yang lemah memberi impak yang besar ketika era GST ini. Maka, kemaskini rekod anda dan pastikan rekod tersebut layak dituntut dan kekal dalam simpanan sehingga 7 tahun.
Semoga anda dapat serba sedikit pencerahan berkenaan dengan GST. Saya hanya terangkan secara ringkas dan secara yang mudah difahami oleh prang biasa.
Keberkatan perniagaan lebih penting dari jumlah GST yang kita ikrarkan kepada KASTAM.
Semoga bermanfaat!
0 Comments