Auditor dan akauntan orang berbeza

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sebagai orang bisnes anda perlu jelas mengenai beberapa perkara yang dianggap remeh oleh sesetengah pihak. Hari ini saya ingin kongsikan beberapa perkara yang biasa dilakukan oleh orang bisnes tetapi ianya adalah salah.




BEZA AUDITOR & AKAUNTAN

Ianya adalah dua profession yang berbeza dan menjalankan fungsi yang juga berbeza. Tidak hairanlah mengapa ada 2 caj yang berlainan. Akauntan merekod akaun syarikat dan cajnya adalah mengikut berapa banyak transaksi anda. 

Manakala Auditor pula memeriksa dokumen transaksi anda samaada ianya sah atau ada salahguna kuasa di dalam syarikat. Cajnya pula adalah berdasarkan keuntungan kasar syarikat yang yuran minimumnya ditentukan oleh badan khas mereka.


CUKAI TAKSIR SENDIRI

Sesuatu yang biasa apabila berinteraksi dengan Pengarah syarikat apabila mereka menyebut "saya mahu cukai tahun ini berjumlah RM20,000". Ianya dilihat betul kerana simptom ini telah berleluasa dan berjangkit dengan kebanyakkan pemilik syarikat. Benarkah ianya cara yang betul? Disebabkan cara "backward" inilah akaun syarikat akan jadi tunggang langgang dalam masa 5 - 10 tahun akan datang. 

Sepatutnya ianya dirancang pada awal tahun dan dipantau pada setiap suku tahunan syarikat. Jika tidak pihak LHDN tidak akan menyarankan anda untuk menghantar Borang CP204, 6 bulan sebelum bermula tahun baru dan kemaskini setelah 6 bulan operasi jika adanya perubahan. Rancang pada awal tahun, bukannya semasa tutup akaun syarikat.


PELARASAN AKAUN

Jalan pintas untuk mendapatkan keuntungan dan nilai cukai yang diidamkan adalah melalui pelarasan akaun. Pelarasan akaun yang berniat untuk memanipulasi rekod akaun adalah dianggap menyalahi undang-undang. Bukan itu sahaja, malah anda sebagai kapten kapal telah tidak jujur dengan diri anda sendiri. 

Bila anda tidak jujur, keberkatan itu makin hilang. Mengapa? Ini kerana ada bahagian orang lain di dalam keuntungan yang ada laraskan. Keuntungan perlu dibayar cukai atau sebagai orang Islam dibayar zakat. 

Bersihkan hati, bersihkan jiwa. Bisnes adalah ibadah dan jadikan passion kita di dalam bisnes untuk saham akhirat kita di sana. Jika tidak, alahai ruginya penat lelah kita di sini.


Sekian

Semoga Bermanfaat!







Post a Comment

0 Comments