Perkara Penting sebelum Isi Borang GST

Bismillah.. 
Assalammualaikum..

Sekarang adalah masa paling sibuk untuk syarikat yang berdaftar dengan GST. 3 bulan pertama dari April 2015 - Jun 2015 adalah satu tempoh percubaan yang amat getir bagi peniaga-peniaga kecil. Dalam memastikan dokumen atau jabatan syarikat diatur mengikut prosedur yang sebenarnya sehinggalah aktiviti merekod transaksi harian yang perlu menurut garispanduan GST.

4 Perkara anda perlu ambil perhatian sebelum menghantar Borang Kastam GST-03:

MSIC CODE
Sekiranya anda mendaftar lebih dari satu kod, anda perlu mengasingkan setiap nilai kepada peratus yang berkaitan. Jika tidak, 100% hanya untuk satu jenis kod sahaja.

OUTPUT TAX
Output tax adalah jumlah cukai yang dikutip dari nilai Invois yang syarikat keluarkan. Syarikat perlu membayar GST sekiranya nilai Output Tax melebihi nilai Input Tax.

INPUT TAX
Input tax adalah jumlah cukai yang dibayar oleh syarikat bagi tujuan perniagaan. Syarikat layak membuat tuntutan balik GST sekiranya nilai Input Tax melebihi nilai Output Tax.

IMPORT TAX
Ada pelbagai cara untuk merekod import tax yang bergantung kepada jenis software yang anda guna. Cuma perkara penting yang perlu ada adalah nilai bercukai, kadar tukaran wang dan no borang kastam.



Semoga bermanfaat!

Wani Hamid

Post a Comment

0 Comments