Jualan Bukan Untung

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera



Ramai di kalangan Usahawan amat mahu melihat nilai jualan di dalam "Profit & Loss" tapi dalam masa yang sama kecewa kerana jualan yang dikatakan RM1,000,000 bukannya nilai duit di dalam akaun bank ketika itu. Mengapa jadinya begitu? Kita persalahkan akauntan kerana merekodkan amaun yang salah. 

Adakah anda tahu sebenarnya erti nilai jualan di dalam "Profit & Loss"? Jualan adalah nilai barang yang dijual oleh syarikat pada satu-satu masa. Biasanya laporan kewangan merujuk kepada satu tahun perakaunan iaitu 12 bulan.






Apa yang anda perlu tahu?
  • Nilai jualan tidak semestinya menunjukkan jumlah keuntungan bersih anda.
  • Nilai jualan juga bukannya jumlah duit masuk di bank
  • Nilai jualan bukan pendapatan bercukai yang digunakan untuk pengiraan cukai syarikat 

Nilai jualan adalah berbeza dengan keuntungan kerana ada perbelanjaan lain yang anda perlu tolak seperti gaji, sewa, utiliti dan kos barang. Contohnya: Kedai Kasut menjual Kasut berjenama NIKE dengan harga RM240. Kos langsung atau kos kasut dari pembekal adalah RM100. Maka; untung kasar 1 Kasut NIKE adalah RM140. Itu belum lagi ditolak dengan kos tidak langsung seperti Sewa Kedai, Gaji jurujual dan Kos elektrik dan Telefon.


Nilai jualan juga adalah berbeza dengan duit di bank kerana ada pelanggan yang masih dalam terma hutang. Mungkin terma 3 bulan atau 1 bulan, disebabkan itu aliran tunai akan berbeza dari nilai jualan semasa syarikat. Sebagai pengurus, anda perlu memastikan tiada masalah dari segi kutipan hutang supaya aliran tunai syarikat di dalam aliran positif.


Pendapatan bercukai adalah diperoleh dari untung bersih syarikat dan ditambah dengan perbelanjaan tidak dibenarkan seperi susutnilai, hiburan, telefon dan lain-lain. Banyak faktor perlu diambil kira dalam menentukan jumlah cukai anda, bukan sekadar "petik jari".  Jadilah usahawan yang berilmu, belajar untuk baca penyata kewangan dengan betul. 



Semoga Bermanfaat!



Post a Comment

0 Comments