Panduan Daftar GST

Teks: Hazwani Abd Hamid


Bismillah.. Assalammualaikum..

Kali ini saya mahu kongsikan SECARA PERCUMA juga panduan atau tips sebelum mendaftar GST. Bukan apa, ramai sangat klien saya yang bertanyakan soalan ini dan malangnya saya tidak menawarkan khidmat tersebut. MENGAPA? Sebab isu GST isu besar, mereka WAJIB tahu kerana isu ini bakal memberi impak besar kepada perniagaan mereka.


PANDUAN DAFTAR GST ONLINE

KENALPASTI KELAYAKAN
Syarikat yang WAJIB mendaftar GST adalah syarikat yang mempunyai perolehan bercukai RM500,000 ke atas. Perolehan bercukai tahunan dikira secara 12 bulan kebelakang atau 12 bulan kehadapan. 

KENALPASTI MAKLUMAT SYARIKAT ANDA
Sebelum anda mula mendaftar secara ONLINE, anda perlu menyediakan beberapa maklumat syarikat. Ini kerana, anda hanya ada masa 15 minit menyelesaikan pendaftaran. Jika tidak, anda perlu ulangi langkah pertama.

MAKLUMAT YANG PERLU

  • No daftar syarikat dan/atau No Kad Pengenalan
  • Alamat Email yang sah
  • Jumlah Dagangan Bercukai 
  • Kod Industri
  • Maklumat Akaun Bank
JUMLAH DAGANGAN BERCUKAI?
Anda perlu pastikan bisnes yang anda jalankan tergolong dalam kategori mana. Cuba ketahui lebih lanjut berkenaan Taxable Supplies, Zero-Rated Supplies & Exempted Supplies di ==> ERA GST

KOD INDUSTRI
Rujuk dahulu kod industri anda di sini ==> KOD INDUSTRI


DAFTAR SECARA ONLINE
Kini ada telah bersedia dan sila ke website berikut untuk MULA mendaftar ==> DAFTAR GST

5 TIPS UNTUK ANDA!

  1. Guna khidmat EJEN. Anda tidak tahu apa yang bakal terjadi kemudian hari.
  2. Tambah pengetahuan tentang GST di laman web KASTAM DIRAJA MALAYSIA
  3. Sediakan pekerja yang berkelayakan untuk isu GST
  4. Simpan semua dokumen bisnes dengan lengkap dan bersistem
  5. Mulakan SEKARANG! walaupun pelaksanaan GST bermula April 2015

Sekian..

Semoga Bermanfaat!



Post a Comment

2 Comments

  1. assalam...kenapa x bole link warna merah tue....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam MH Perio,

      Warna merah tu memang LINK ke website berkaitan. Cuba klik

      Delete